BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 11, 2010

}-^-@ Oh Tuhan @-^-{

~^~@ Oh Tuhan @~^~{



Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, Tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan



Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu.



Ya Tuhanku, Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih dijiwa



Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah ku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai



Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengan rintihan hambamu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri



Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkanlah yang patah
Ku ingin bahagia
Di dunia dan diakhirat
Padamu Tuhan ku mohon segalanya
Amin Ya Rabbal Alamin.......

2 comments:

asniza said...

wahhh..jiwangssss nya cik salfaizura!

salfaizura said...

aiyoooo haha ckit2 je jiwang nyer skali sekala ok la tu kan