BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label pengapit. Show all posts
Showing posts with label pengapit. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Pengapit ku cute and tahan lasak

Bersesuaian dengan tajuk entry kali ni. Nak story sikit pasal my bridesmaid yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis i hari tu.

(1) CUTE :-
Kedua-dua bridesmaid i disebelah majlis resepsi dan majlis bertandang  sama- sama cute (ceh kembang kempis la jawabnya hidung diorang ni). Tapi memang betul pon. Boleh dikata kan diorang ni mempunyai ketinggian yang lebih kurang sama. And ofcoz la terkurang sentimeter dengan ketinggian i yang 160cm ni.

Disebabkan diorang ni mempunyai bakat dalam bidang ngapit mengapit ni (bahasa apa nih) jadi i memilih diorang la untuk jadi orang penting. Memang terhutang budi sangat ngan diorang ni.

SAPA DIORANG NIH??
Haaa dua-dua my BFF. Sejak dari zaman belajar lagi.
Bagi la tepukan gemuruh buat :-
  • ASNIZA AHMAD @  JAJA (majlis resepsi)
  • NURHIDAYATI BT AKMAL @ YATI (majlis bertandang)
MAJLIS RESEPSI : Seminggu sebelum majlis resepsi i pesan sungguh-sungguh kat jaja suh dia pakai kasut tumit tinggi. I cukup risau takut tak sampai plak jaja nak mengipas i nanti. Dan pada hari kejadian jaja pakai tumit tggi setinggi 3 inci kot hehe sayang jaja la..so ketinggian kami tidak la ketara sangat.

Agak comel  si jaja ni heheh
MAJLIS BERTANDANG: 1 Hari sebelum majlis bertandang i p amek yati kat stesen komuter Kuang. Masa jumpe tu i pasan ngape yati nampak tinggi..Bila pandang pada kasut yang yati pakai tu wahhh tinggi..nampaknya yati sudah paham awal2 lagi. Dan dia sudah bersedia hehe. Dan yang paling ketara masa makan beradap nampak sangat yati sangat cute..renek je haha. Kebetulan kerusi makan beradap pengantin tebal dan besar. so lagi la nampak ketara.


yati sedondon dengan my niece

Kerusi kami besar!!! yati nampak kecik

(2) TAHAN LASAK

MAJLIS RESEPSI: I rasa cabaran yang dilalui oleh my  bridesmaid jaja masa ni ialah menghandle kain labuh si pengantin yang meleret2. dan ikut istiadat yang serba serbi nak protokol. And masa tu plak cuaca panas terik jadi jaja terpaksa asyik touch up i aje. Masa makan plak napkin i terjatuh, jaja korban kan die punya napkin gantikan i punye yang jatuh. Masa sanding veil i asyik tersangkut bawah punggung  coz tertunduk2 salam orang, Jaja asyik kene betulkan. Jaja terpaksa berlari amek kipas kat pelamin masa acara red carpet nak bermula. Sangat terharu ngan pengorbanan jaja. And masa majlis akad nikah, Jaja setia di sebelah i. I genggam tangan jaja bila i rasa sangat nerves. Kredit jaja pon terkorban akibat tb2 handphone i takleh guna..TQ JAJA MUAH!

jaja yang agakcemas semasa perarakan masuk
MAJLIS BERTANDANG: Majlis yang cukup-cukup menguji kelasakan my bridesmaid yati. Kerana kebetulan minggu tu hujan tak henti2. Sepanjang perjalanan kami dari KL - Bera asyik hujan aje. So dah dapat bayangkan apa yang bakal berlaku. Masa make up yati setia menanti i. Die sangat teruja tengok mak andam i make up. And yati sibuk tanya itu ini pada mak andam hehe. Yati tolong i masukkan barang2 i dalam beg, klu tak sure barang i bersepah entah2 hilang. Masa sanding syukur hujan dah reda sikit. tapi jaloan basah,kain i plak meleret juga. Yati pandai main peranan pegang i punya kain takut kotor. Tapi bile dalam gambar?? Alamak!! kain i terangkat la haha..klu tak kerana yati sure kain i basah dek hujan..Masa sanding yati banyak kali pesan kat i suh senyum ( mulut i dah letih). Masa makan beradap yati ambil kan i lauk. Yati layan i macam permaisuri raja hehe,. Tiba acara potong kek yati tolong my husband putus kan bunga tangan i letak kat baju kot.. Wahh sungguh terkejut i dengan keberanian my bridesmaid yg sorg ni. And my husband kate yati sangat bagus, coz tolong my husband bersiap masa mak andam ngah siapkan i. Masa jumpe tetamu yati pesan kat i ( zura jumpe sape2 salam je) hehe i ingat lagi ni..coz i tak salam just senyum je..Sangat terharuu bile pk balik.. and yati balik ngan famili i tanpa i disisi.. :) sangat syukur coz yati memang dah biasa ngan famili i sejak awl lagi.. so die dah tak segan2 lagi...
LOVE YATI MUAH

kenangan yg tak dapat dilupe kan bile bersanding dalam hujan

TQ to both of you dear :)

Thursday, January 6, 2011

pengapit oh pengapit

Pengapit memang sangat penting..

pengapit macam org kuat majlis jugak (bukan macam,,,memang kuat pon)

Penting pengapit ada waktu majlis sanding..

penting jugak untuk majlis nikah..

Macam i yang vervous kuat ni, semesti nya i nak pengapit i ada di sebelah

sewaktu nikah nanti

(Wahh pengapit i dapat interprem atas pelamin nikah)

Nanti kalau i neves i akan pegang tangan pengapit i kuat2.

Nanti kalau i terharu setelah lafaz " Aku terima nikahnya Wan Salfaizura bt Wan Hamat dengan..."

dan selepas akui sah ! Sah! sah!

Pengapit i juga yang akan ready bagi tisu or lap kan peluh i.

Pengapit i juga akan jadi orang perantara jika i perlukan apa-apa di saat atas pelamin

(Selain pengapit..i nak bonda kesayangan i pon ade disebelah)

Kalau di majlis sanding pulak...

pengapit la yang akan pimpin tangan supaya tak terpelecok tatkala memakai 

dress labuh2 n kasut tinggi..

Dia jugak yang akan kipas kan i nanti

Dia jugak yang akan lucutkan veil i kalau tersangkut!!!

Segalanya lah...

So i sangat sayang bakal pengapit i tu

hari ni 06/01/2011 dia awal2 pagi dah post kat wall facebook i yang 

cuti half day 21 jan 2011 dan cuti 22 jan 2011 telah approved demi i..

kita patut sayang pengapit kita...

YOU CAN DO IT JAJA!!

But yang majlis sebelah temerloh pulak?? 

huhhh masih buntu siapakah gerangan pengapit kami..

TUNGGU WEDDING KAMI 15 HARI LAGI!!