BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Catatan selepas berkahwin

Memang agak terlambat nak post story pasal ni..tapi nak jugak story supaya story dalam blog ni tak tergantung begitu sahaja.

Cerita nya bermula di sini

Episod 1

After wedding selesai itu dan ini husband and i berpindah lah duduk di putrajaya (act husband i yang berpindah masuk kuarters yang dah sememang nya didiami oleh i bfore married lagi.).Bermula lah kehidupan kami berdua sebagai suami dan isteri. Memang seronok hidup berumah tangga everything dikongsikan bersama. Honeymoon all the time and everyday. Alhamdulillah berkat perkenalan kami 9 tahun sebelum berkahwin menyebabkan kami mengenali satu sama lain. Jadi tak susah untuk i paham dia dan dia paham i.
Nak diringkas kan cerita hidup kami asyik terseyum aje.Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah mengetemukan kamu berdua dan bersatu dengan ikatan perkahwinan yang suci. Semoga ikatan ini tetap kukuh dan utuh sehingga ke akhir hayat kami..amin.
Pic h.moon semporna island

Episod 2

5 minggu kemudian i disahkan hamil. Betapa gumbira hati tak terucap. Hanya kata syukur ku panjang kan di atas  kebesaran Ilahi. Alhamdulillah  Kau perkenan kan doa kami. Kini di dalam perutku ada seorang insan bernyawa yang sangat comel. Bagaikan tak percaya. Terharu sehingga menitiskan air mata. Hari-hari melihat kalendar tak sabar menantikan saat kelahiran si kecil yang di jangkakan 24 Oktober 2011.Pada 9 minggu kehamilan pertama kali i and husband melihat denyutan jantung si kecil kami. Sekali lagi menitis air mata. Ya Allah periharalah si kecilku dan beri lah aku kekuatan untuk mengandung dan melahirkan seorang lagi khalifahMU.

Segala persiapan fizikal dan mental harus disediakan. Husband melayan si preggy bagaikan sang puteri. Alangkah bertuah nya! Saat mengandung memang seronok. And yang i paling tak boleh lupa, i sangat loya bila i bau kuali. (kuali ada bau ke?) haahaa..tapi itu la hakikat nye.Dan yang paling buatkan husband i tak boleh lupa bila i mengidam nak makan KFC..haaa tapi i nak KFC yang di serve guna pinggan SAHAJA. (now byk restoran KFC serve pakai box je kan. Sungguh ngada-ngada kan? hehe..
preggy 5 mths

Pada 27 minggu kehamilan. Dengan perasaan excited i pergi buat details scan di sebuah klinik swasta. (nyesal g sini) Doktor scan all part of my baby everything ok but...doktor kata di ventrikal si kecil kami terdapat lebihan cecair kerana ukuran di ventrikal sebelah kanan lebih besar berbanding ventrikal di sebelah kiri. What?? i terpinga-pinga tak tahu apakah itu satu masalah? perasaan ketika itu sangat sedih. Hati mula runsing. Mula google mencari jawapan kepada persoalan itu. Menurut hasil google lebihan cecair di ventrikal boleh menyebabkan kecacatan (kepala membesar) Ya Allah jauhkan lah si kecilkan dari segala penyakit..Setiap hari ku panjatkan doa buat Illahi..Setiap hari ku baca kan surah Yassin buat si kecil. Husband setiap hati menenangkan i n pujuk supaya tak fikir yang bukan-bukan. 

Dengan surat yg diberikan oleh doktor tersebut, kami bawa n tunjukkan pada doktor pakar putrajaya. Sekali lagi doktor tak dapat pastikan apakah masalah yang sebenar dan membuat satu temujanji dengan doktor pakar Baskaran di HKL. Sepanjang menunggu tarikh temujanji perasaan i tak tenang. Selama itulah i menangis setiap malam. Akhirnya seperti tarikh yang di tetapkan. Kami buat details scan sekali lagi dengan doktor Baskaran . Segala keputusan adalah normal..saiz ventrikal adalah sama kiri dan kanan.Akhirnya segala persoalan terjawab. Doktor swasta tu tersalah measure meyebabkan saiz besar sebelah. Ya Allah sekali lagi Kau telah perkenankan doa kami. Alhamdulillah
scan 27 minggu.hidung mancung hehe
scan 20 minggu

Gambar scan details takde plak dalam pc ni..yang ade scan 2D ni je..ok la tu kan.

Episod 3

Check up seperti biasa pada 37 minggu kehamilan. Terkena pulak dengan doktor pakar En Azmi di hospital Putrajaya. Doktor kata  "awak tak rasa sakit ke masa berjalan? saya tengok ok je?" i jawab " tak sakit la doktor, kenapa?" doktor terus suruh i baring untuk di scan. Sedang scan tu doktor tertonyoh2 my tummy (risau gak si kecil tak sakit ke?) rupa-rupa nye patut lah susah doktor nak cari kepala si kecil. .kepala nya masih belom enggage patut la i tak sakit lagi..then terus i di masukkan ke wad..di pantau sehingga 38 minggu..tak jugak engage. Doktor kate kalau still tak engage terpaksa operate coz risiko takut tali pusat terkeluar dulu. Puas dah i panggil bidan betul kan. tapi tak jugak pusing..puas jugak i bercakap ngan baby tapi tak nak jugak bby pusing. Akhirnya sebelum 40 minggu i dah pon di seret masuk ke dalam bilik bedah. Sangat2 sedih.. so jangan di tanya ke napa doktor taknak tggu 40 minggu atau tggu due..i pon tak faham..geram pon ada..tapi apa pon i bersyukur semua nya selamat..45 minit dalam bilik operation akhirnya terdengar jeritan (bukan tangisan) si kecil kami. Keluar dari bilik bedah husband peluk cium i n letakkan baby di sisi hilang segala kesakitan.
sehari baru di dunia

MUHAMMAD ADILLAH IRFAN BIN ISNAWAWI

hari ke empat
Bersyukur si kecil kami lahir dengan sihat dan sempurna. Wajah comel ini lah yang buatkan hidup kami suami isteri lebih bahagia dan ceria. Kini irfan dah pon 9 bulan. Cepat sungguh masa berlalu.

TO BE CONTINUED!!!

 
 



Tuesday, March 16, 2010

::family Trip ~~ Port Dickson::

Hari ahad memang ramai ibubapa yang luangkan masa untuk bercuti ngan anak2..camtu jugak la umi n abah..semalam kami pergi ke port dickson..yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari umah kami...sgt seronok bile dapat bercuti ngan family..lebih2 lagi i ni balik jarang2 sekali je..
kakak n my niece batrisyia...adeq fi ngah testing nak naik

hehe testing gak ni...

bergambo jap depan "donat"

testing naik banana boat..act dah penah naik dl tapi nak naik lagi best

gamba ni diambil oleh pemandu boat yang bawa kami tu..sgt2 sporting tau

best sgt coz pemandu boat bawa jauh2..laju plak tu nak terpelanting rasenye
bergambar jap lepas turun dari banana boat..tggu turn nak naik donat tanpa gula plak

bergambar lagi...

haa ni la "donat" yang dimaksudkan..i pon tak pasti kenapa diorg pggl donat pelik..naik benda ni sgt mencabar..melambung2 macam bola...naik benda ni perlukan kekuatan tangan la..kalau tangan tak kuat jawabnye tercampak la ke laut

gambo dulu la sebelum dibuli hahahha...naik benda ni sangat penat...penat gelak

cak hehe kami ni 



Balik je muke sume merah kepanasan hehe...sampai ke hari ni kulit i pedih2 coz air masin + pulak cuaca memang panas terik..ape pon sangat enjoy bile bercuti ngan orang2 yang tersayang

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Wednesday, October 21, 2009

My Sweet HeaRT, mY HonEy, My BeLoved FamiLy

Semalam duk godek2 balik gamba2 yang ade dalam ladtop....jengah ke folder yang tertulis "latesT" klik..terpampang wajah2 org2 yang memang i sentiase rindui, tapi bile tengok gamba2 tu lagi la rindu bukan kepalang.. gamba2 ni sebenarnye hari raye hari tu nyer..tapi tak sempat nak upload lagi... ohh abah, umi, baby aqis, abg long, kak ngah, kak lang, farid, firdaus....terasa lame betul tak jumpe kalian,,tapi kalian sentiase tetap di hati tengok la gambo2 yang membuat kan hati i tersentuh semalam (hehe poyo giler ayat wey)rindu abah...nih mase nak balik dah..kat airport..ramai giler antar termasuk sepupu sepapat tau...tok ayah i pon adeni my sister k.ngah n k.lang..posing nak antar majalah ni kononnyehaaa ni my new boyfrend haha..eh gurau je..ni my adik yg no5 study d politeknik terengganu..smart tak?ni adik i yang paling bongsu...dari kecik gelagat die mmg ade2 jebersama ibunda tercinta...umi rindunyer kat umiabg long saye...jarang jumpe die bile balik...busy sokmohaa best umi suke shoping buah bile i balik...ni ngan liza my bestfrend shoping buah kat NSK rawang Rindu sume...lambat lagi nak balik ni tunggu raya haji la plak tapi balik tuk 3, 4 hari je..tak cukup rasenye...hmmmmmm ape pon salam rindu ... bye bye bye...ngantuk ni nak masuk surau tido jap..ni sume gara2 korean movie MY LOVE PATZZI @ Jang Na-Ra...tapi puas hati cite ni mmg best..