BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 14, 2010

The Making Of Save The Date Video

Dalam usaha keras menyiapkan Save The Date untuk majlis kami. Penat lelah i buat dari pukul 1 tghari sampai pukul 7 malam...aduhhh sungguh sakit mata.

Tapi i puas hati coz video STD tu telah pon siap and sangat2 memuaskan hati i ni. Rasa berbaloi berbengkak mata menyiapkannya. Makan entah ke mana, mandi entah ke mana..solat pon lambat huhu ampunnnn...

So kenapa i buat video STD ni?? Ini adalah kerana:-
  • Untuk bagitahu tetamu date untuk my bigday ni...lebih kurang macam online invitation la..
  • Ada cerita disebalik video ni yang nak i sampaikan pada u all reader2 tersayang..tapi nnti bila u all tengok i tak tau la mesej yg nak i sampaikan tu berkesan ke tidak kan..entah2 i syok sendiri je haha
  • Story pandangan pertama - sesi perkenalan mengenal hati budi - sesi dia melamar saya -sesi menetapkan tarikh dan sehingga la sampai masa nya hari bahagia itu.
  • Menggunakan Foto-foto pre-Wedding dengan sebaik-baiknye..
  • Untuk memeriahkan hati i yang sedang berbunga2..
Bila i tengok video STD ni i rasa sangat teruja bcoz this is the real story antara i n Mr Tunang...sangat teruja!!! 

So U all tggu masa nye nanti i upload video STD tu kat sini k.

Daaa muah!!


Panduan Guest Listing

Sekarang kad dah siap. I pening pulak pasal bagaimana nak agihkan kad yang banyak ni?? haaa planning nak buat guest listing memang dah lama tapi tak menjadi lagi..so fikir punye fikir baru i dapat idea bagaimana nak buat guest listing supaya mudah dan supaya tidak ada yang tertinggal.

I akan bahagikan ikut kategori:-


Pertama : Kawan sekolah tadika
Yang ni i akan letakkan nama member-member yang i kenal masa sekolah tadika lagi..and make sure member-member tu still cntact or u all kene cari la cntact . Macam i, member sekolah tadika ade la dalam 5 orang je kot yang akan i invite coz yang lain i dah tak ingat..

Kedua: Kawan or Cikgu sekolah rendah
I sekolah Di Sekolah Kebangsaan Kuang. So member yang akan i invite adalah member yang dari darjah 1 hingga darjah 6. Tapi itupon kalau still cntact or ada dalam FB or yang senang di cari.

Ketiga: Kawan sekolah menengah
Haa yang ini senang sikit coz rasa macam baru je habis sekolah kan..so member2 tu ada lagi cntact fon and cntact FB..sgt senang la nak invite. Ada yang masih rapat sampai ke hari ni on ada.

Keempat: Kawan Kolej
Buat pengetahuan u all. Lepas SPM (sebelum masuk Poli) i penah study kat KOlej Yayasan Melaka. So kawan2 ni pon kene masuk dalam list. And yang bertuahnye kawan2 masa di kolej ni i masih rapat sampai sekarang..

Kelima : Kawan Politeknik
I nak ajak semua member-member yang i kenal masa di Politeknik Sultan AZlan Shah. Tak kira diorang sekelas or tidak. Janji yang i kenal masa tu. List ni termasuk lah lecture-lecture kesayangan

Keenam: Tempat Latihan Industri
Masa latihan industri i memilih Majlis Amanah Rakyat KL . Masa Li kat sini i dilayan sgt baik dan buatkan i sangat sayang ngan kawan2 di sini. So ofcoz la i akan jemput semua kat department tu untuk dtg ke wedding i yang sememangnye dinanti2 kan oleh mereka.

Ketujuh: Waterco Far East
Selepas i tamat Politeknik i bekerja semntara di sini. Kawan-kawan di sini pon sgt menunggu2 wedding kami.

Kelapan: Kawan-kawan Universiti Malaya
I akan invite budak2 kelas i masa di UM ni..sangat seronok bl teringat ken kenangan masa study bersama mereka..ofcoz mereka tidak akan ketinggalan untuk mendapat kad kawen i ni.

kesembilan: Kawan-kawan di Jabatan Audit Negara
Yang ini paling senang. Hari-hari pergi kerja kan..so i akan invite yang ofis sekarang and tidak ketinggalan jabatan audit negara cawangan sarawak.Coz setahun i berkhidmat di sana. Kategori ni termasuk kenalan masa kursus induksi.

Kesepuluh: Lain-lain
Kategori yang ini adalah kategori bebas. Kawan-kawan di sini merupakan kenalan i masa di mana-mana sahaja contoh nye di tempat kursus kawen, di tempat belajar kereta, di bank, di pasar malam or di mana2 saja lah. Maklumlah i ni jenis yg peramah so ramai la yg i kenal hehe..tapi make sure mereka masih cntact la k.

Ini adalah guest list daripada i je. Yang mother n father i punye terpulang lah pada mereka untuk mnjemput..

Thursday, November 11, 2010

Umi Abah tersayang


Tiba-tiba terasa rindu yang teramat sangat kat
Umi and Abah tercinta..

Selamat pulang ke kampung umi abah..
Maaf zura tak dapat ikut..
tak dapat nak cuti raya haji kali ni..

Hope Umi Abah sentiasa sihat n hepi selalu
Orang rindu sangat umi abah...

Plastik sampah for Hantaran Kekasih Hati

Actually i dalam mood buat hantaran DIY. So yang menjadi mangsa dengan misi i pada kali ini adalah housemate i n yang lebih menjadi mangsa yang malang  adalah Mr. Tunang la...Hehe kasian dia..sekarang tinggal lagi lebih kurang 9 minggu lagi untill my big day. And perkembangan untuk hantaran i ni, masih ada lagi 4 yang belum siap..

So apa kena mengena dengan plastik sampah ni???? haaaa i bukan nak letak sampah tau....ini adalah kerana i nak letak hantaran kekasih hati i yang telah pon siap ni dalam plastik sampah tu. So hari ni 11/11/2010 Mr Tunang sibuk mencari plastik sampah yang diarahkan oleh i (mem besar) . Sampai ke Mydin...So tadi Mr Tunang kate die dah beli tapi saiz plak die tak tau muat ke tidak  nak letak hantaran kekasih hati tu. And Mr Tunang telah berjanji sekiranya saiznya tidak muat maka Mr Tunang akan beli lagi saiz yg lebih besar.

So apa jadi pada hantaran kekasih hati i??? Masih dalam mood menunggu plastik sampah untuk "dia" (hantaran) tidur sementara menunggu my big day tu nanti....jom zooommmmm

Kasian Hantaran Kekasih hati..letak dalam plastik pasar je..sempit die

So reason i nak guna plastik sampah:-
  • Boleh elakkan habuk sementara menunggu hari kahwin (maklumlah buat awal)
  • Saiz yang besar dan dapat elakkan dari ancaman tercabut reben or bunga dek karena plastik pasar yang sendat.
  • Plastik sampah hitam dan elak dari org nmpak hantaran i...hehe tak surprise la klu org dah tgk awl..

Thursday, November 4, 2010

Pre-Wedding - Part 3

Setelah hampir seminggu gambar-gambar Pre-Wedding  i dah terpampang di Facebook baru lah i rase nak published kat blog kesayangan i ni. Iyelah dah alang-alang ramai yang dah tengok (fotografer i yang upload) so macam tak aci lah pulak reader kesayangan blog i ni tak dapat tengok kan..so bagi adil dan saksama ok..
macam tauke funfair kan


berlari larian..
kami dipenjara heheh
i like this one!
setelah berpuluh2 kali naik turun eskalator ni sampai my fotografer puas hati hehe
buaian dah tutup tapi degil nak masuk gak..janji dapat bergambar sudah
My Engagement Ring!!
So ini la 3% picture2 pre Wedding yang dapat i kongsi ngan you all buat entry kali ni. Hari ni baru i nak pergi ambil all foto. So next bila tiba masanya i akan share semua ngan you all k.

Actually i ade reason tersendiri kenapa i tak perlu sorok untuk Pre Wedding picture ni...i tak nak published sekarang kalau boleh bcoz ini semua surprise untuk my Big-Day nanti. Untuk 3% yang dah i upload di sini kira rezeki you all la reader2 tersayang.........yang lain kite tunggu nanti k...

Monday, November 1, 2010

Pre-Wedding - Part 2 (persiapan)

Selesai lah sudah Pre Wedding yang telah diadakan di Genting Highland pada 29 Oktober 2010. Planning act dah dari bulan Julai lagi..but confirm dalam masa 2 minggu sebelum kejadian. PERASAAN I?? wahhh sangat teruja ok...coz i memang jenis yang suke bergambar...so ini lah masa i nak merasa jadi model..hehe zassssssss

Mari kite merungkai perkara2 di sebalik tabir pre wedding ini:-

  • Dapat tau Qayyum Studio (my fotografer) ada buat special offer for their customer. I pon tanpa berlengah2 walau sesaat terus je bagitau kat Mr Tunang pasal special offer tu. Then Mr Tunang calling2 Mr Qayyum. 
  • Dengan hati yang berbunga-bunga ni buat temujanji khas dengan Mr Tunang untuk discuss serius about this pre wedding. (dengan muke yang excited)
  • At first kami nak buat pre wedding ni kat tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya je. 
  • Perkara-perkara yang bermain dalam fikiran i ni....haaaa yang paling utama i fikir pasal baju (baju apa la yang nak pakai supaya nampak kelainan sikit dari hari2 biasa) then 2nd i pikir pasal lokasi shooting (macam2 tempat yang i nak jadikan lokasi) 3rd i fikir pasal prop apa la i nak guna nanti.
  • Then after discussion with Mr Tunang (tak dapat keputusan pon lagi act) heehe Mr Tunang call Mr Qayyum untuk tanye pendapat ...and....Wahhh die excited nak buat pre wedding kat Genting Highland!!!! giler punye best hati i bertambah berbunga!
  • I pon start google cari pakaian yang sesuai untuk my Pre Wedding tu. Cari punye cari sekali i ternampak blous yang agak manarik and i rase sesuai dengan keadaan tempat yang kami pilih tu..terus je order yang blue color.
  •  Jumpe Mr Qayyum lagi untuk discuss then die kate nak 2 pasang baju yang color putih sedondon ngan Mr Tunang.
  • Kami pergi cari baju putih pulak sampai ke semenyih sana. And nasib baik jumpe...
  • 4 Hari sebelum i teriama parcel dari Fancywardrope zia's. Wahhh blous i sangat cantik!
  • Sehari sebelum kami pergi pusing-pusing cari baju untuk Mr Tunang pulak. (huhhh Mr Tunang sangat cerewet memilih barang..i hampir putus asa bila semua baju yang i tunjuk semua kene reject ngan Mr Tunang) sampai kul 1 pagi cari baju die je..eee geram
  • Pening kepala fikir prop pulak...and yang paling penting untuk pre wedding kami ni adalah "Save The Date" ni paling kami utamakan. Sehari sebelum i gagah kan kami pergi Alamanda cari paper warna warni untuk tujuan ini. Balik tu i gunting2 dan jeng jeng jeng...cantik.
  • Antara prop yang kami bawa sun-glasses,payung yang i borrow dari yati, "save the date" things,kipas warna warni, 
Selesai lah cerita serba sedikit pasal persiapan kami untuk Pre wedding ni.... Teruskan membaca entry yang seterusnya ok..






Tuesday, October 26, 2010

Apakah Pre-Wedding -Part 1


Tahukah you all apa yang di maksudkan dengan pre-wedding?? act i tertarik dengan soalan cik yati (my BFF) malam semalam and terus i nak jadikan topik ni sebagai entry i kali ni...so marilah i jelaskan Apakah itu makna Pre-Wedding pada pendapat i sendiri. (Kalau pendapat i ni bertentangan dengan u all punye pendapat so i minta maaf awal2 ok..)

Pre-Wedding adalah bermakna Pra-Perkahwinan dalam bahasa melayu. So kalau dah di sebut Pra tu terang-teranglah ia sebagai satu permulaan atau sesuatu yang diperingkat awal. Kalau dalam perkahwinan, apa-apa yang perlu dilakukan oleh Bride to Be semua adalah Pre wedding.

Kadang-kadang bila disebut sahaja Pre-wedding mesti orang akan kaitkan dan bayangkan dengan pergambaran/fotografi...haaaa itu betul...fotografi jugak merupakan salah satu pre wedding yang menggambarkan suasana sebelum perkahwinan. Tapi pada pendapat i, pre wedding boleh jadi juga Facial Pre Wedding, Body Shape Pre Wedding,Henna Pre Wedding ot etc.

Jom kita hurai satu persatu:-


Pre-Wedding Photoshoot - Sesi fotografi yang mempunyai tema tersendiri. Biasanya bergantung pada Bride to Be untuk membuat tema tersendiri. Ada yang menceritakan bagaimana pertemuan antara Bride to Be, ada yang bertemakan sesi lamaran, ada yang bertemakan klasik dan ada juga yang sekadar tema happy and fun. Dan foto pre wedding jugak biasa nya digunakan untuk diletakkan pada kad jemputan, pada banner atau bunting dan ada juga diletak kan didalam album dan di letakkan di dalam bilik pengantin untuk tatapan rakan-rakan. So bergantung pada empunya diri lah. Dan yang paling utama sesi Pre Wedding ini adalah untuk menguji kemampuan fotografer untuk majlis kahwin nanti. 
Sumber Google
Facial Pre Wedding- Facial pre wedding yang dilakukan sebelum majlis perkahwinan sangat penting untuk kembalikan keyakinan diri untuk bride to be especially for wanita yang cintakan kecantikan.Biasanya ia dilakukan dalam masa sebulan sebelum majlis. And please jangan pulak pergi facial sehari sebelum majlis nanti muka u all merah2 dah tak cantik...
Sumber Google
 Body Shape Pre Wedding- Haaa ni paling penting untuk bride to be yang nak kelihatan langsing pada hari besar tu nanti. Banyak spa-spa yang ada menawarkan pakej beserta facial. So kalau rasa-rasa diri tu dah gendut-gendut eloklah g buat body shape treatment ni (pesan tuk diri sendiri jugak kot hahha)
Sumber Google
 Henna Pre Wedding- Ini adalah dibuat untuk memilih atau mencuba corak henna dan warna henna yang akan digunakan. Bagi i ini penting jugak supaya muka i tak la masam di hari persandingan bila henna yang i pakai buruk dikerjakan oleh tukang henna yang tak mempunyai bakat..So penting untuk kita tengok hasil kerja mereka dulu ok..
Sumber Google

Thursday, October 21, 2010

::3 mths to go : Adoi Diet oh Diet ::

Today! Genap la lagi 3 mths lagi untuk big day kami. Ini bermakna ada masa lagi 3 mths jugak lah untuk i n mr tunang berdiet. Maka ini lah masa nya untuk berjuang habis-habisan terutamanya ofcoz la Mr Tunang yang semakin boolat tu...jom pi timbang kite tengok sapa yang kena....
hahaa amek kau!!

haaa kasi zoom dekat sikit hhaha adoyai...52kg?? tapi BMI i still di tahap normal coz my height 159cm...so meh tengok Mr.Tunang punye pulak..
Relaks k..terima la takdir yang ditentukan heheh
 so berat Mr.Tunang??? haha jom tengok..

JENG!!



JENG!!



JENG!!!!



yes it's yours....
haaa dengan ketinggian Mr Tunang 170cm die berjaya mengumpul berat badan sebanyak 71kg..wahhh tapi kira ok la jugak kot coz lelaki harus ade tulang yang sehat dan kuat kan..tapi yang sedihnya BMI Mr Tunang sudah sampai ke tahap berjaga-jaga...i ulang sekali lagi ok..BERJAGA-JAGA! so Mr Tunang harus control diet la..next week nak antar baju nikah kan...so harus mula kan cntrol makan mulai hari ini ok...

Al Kisahnya....

Macam mana nak kekal kan diet yang seimbang??? kami ni jenis yang kuat makan..BUKTINYA???

I like Big Apple!!!!
Oh tidakkkkk!!! oleh kerana selera pada Big Apple ni kuat, i sanggup gadaikan diet i ni.
sempat pose
Sesungguhnya Big Apple mempunyai kolestrol yang sangat sedikit (haha dengan bangga nye buat statement ni)
Lihat lah dunia kami suke ini..sama -sama suke haha
Dengan harapan supaya boleh jadi Big Mama and Big Papa suatu hari nanti haha oh tidakkkkkk

Tuesday, October 19, 2010

::DIY: Centerpieces::

Sedang google2 kat internet tadi terdetik pulak satu idea yang bagus jugak la kot, tapi perlu confirmkan dulu dengan my caterer samada mereka provide or not certerpieces. Kalau tak provide nampak nye kene la jalankan jugak idea ni..bile dilihat dari pic di bawah..terasa amat mudah nye..

sumber google
 Mudah, cute, menarik hanya guna bunga n dried bean

Biasanya caterer just provide centerpieces untuk VVIP & VIP table..table guest yang lain tak kan nak biarkan kosong kan. Macam tak menarik la pulak..

sumber google
hanya guna pasir, cengkerang, bunga sejambak

Centerpieces ni tak perlu la beriya mahal, tak perlu la buat yang complicated sangat, kadang-kadang ianya lebih menarik dan nampak unik bila di buat menggunakan bahan terbuang contoh tempurung kelapa.haa idea bgs jugak ni...tapi mana nak cari tempurung kelapa..sekarang orang guna kelapa dah siap mesin dikedai je kan.

sumber google
wahh yg ni sgt cantik...tapi agak rumit nak bikin ni
Remember that a great centerpiece doesn’t have to cost a lot to look nice!!! Gambar2 di atas tu memang cantik kan?? so idea i punye pulak:-
  • i akan gunakan bunga lebih2 buat hantaran..mana tak nye..i sgt excited beli bunga tak nak dengar bebelan Mr Tunang...so bunga tu terlebih2 rasanya (coz hantaran belum siap)
  • i nak beli pasu kecil lebih kurang 20 biji (cari yg paling murah kot)
  • so letak kan aje la bunga tadi dalam pasu tu..wahhh sudah siap untuk diletakkan atas guest table..
Hopefully idea i ni menjadi la....amin! 

Monday, October 18, 2010

Dulu ratus-ratus, Sekarang puluh-puluh ??

Kalau dulu angka countdown to my big day adalah angka yang beratus-ratus, tapi sekarang?? Alamak..dah masuk puluh-puluhan pulak..sekarang ni terasa sangat lah bahawa "masa itu emas". Tadi i check my countdown at yahoo mail inbox from  my project wedding..dannnn

kalau u all nak tengok lebih jelas sila klik pada gambar


haah! sekarang u all dah nampak kan..huhhhh takut nya.. 99 HARI JE LAGI??? mak aiiii memang sudah tidak banyak lagi nombor di situ..tinggal dua angka..so my preparation???

  • Baju nikah Mr.Tunang masih tidak ber-tempah lagi.(Mr.Tunang degil)
  • Barang-barang hantaran masih menunggu untuk digubah 
  • Baju famili untuk abah dan ayah belum dibeli
  • Belum buat decision nak beli videocam or nak amek videogafer (nanti i story kat entry yg lain)
  • Belum call vendor pasal baju majlis resepsi (nak lining penuh kat lengan)
  • Menunggu masa untuk Pre-Wedding (picture for banting and Banner)
  • Urusan dengan pejabat agama (valid 3 mths)
  • Barang-barang untu doorgift masih samar2
Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini memohon agar dipermudahkan segala urusan dan jangan lah Engkau beri dugaan yang diluar kemampuanku. Kau permudahkanlah segala urusan persiapan ini supaya segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang...Amin Ya Rabbal Alamin

Thursday, October 14, 2010

::Dinner at Village View - diet oh diet ::

Nyam2 ape nak order ni....
Tak tahu nak order ape..sebenarnya i sgt2 kenyang time ni..tapi nak mkn jugak..so tiru la Mr Tunang order i pon order la..yang best! i order Lemon Ais..tapi...MANIS nye...mau kena potong kaki kot
haaa seperti biasa...MR Tunang sangat suke snap pic i..hehe TAPI!!!!! haha cuba tengok tu...cover lens tak buka,...hahaha TIPU!!! Mr Tunang TIPU!!!
haha tengok tu...boleh pulak die ketawa kan i..huhu
Yeah..Mr.Tunang makan dengan seleranya..ROSAK PROGRAM DIET 
I tengok je makanan tu...takut la nak makan...ADOIYAI kena la i joging berkilo2 meter nanti...ohh tidak...
hehe takde ape nak dikata..memang kami sama2 suke bergambar..so layann aje la k

Actually kejadian ni after i n Mr.Tunang balik dari mykadkahwin.com...tempat ni memang best..dekorasi yang menarik..siap ade air terjun and ikan2 merah berenang2..wahh damai sangat..so u all boleh try restoran ni untuk jalan2 cari makan at bangi ok...

Di Suatu Petang yang gediks!!!

Al-Kisahnya.....

Kami ke mykadkahwin.com untuk sesi preview draf kad kahwin. yelah takut kalau-kalau ada kesalahan typing or apa -apa yang nak kami betulkan pada kad kahwin.Terutama peta lokasi majlis.

Jom layan gamba-gamba di bawah...

Bersungguh-sungguh membetulkan draf peta ke rumah dia

membetulkan peta lokasi
kacau Mr.Tunang jap...bweeekk
Ceeewaahhh haa camni la...Boleh plak kan kami tergedik2 bergambo sakan kat cni heheheh   
yes my turn plak la..malu2 kambing senyum hehe
sengeh lebar2 ye...
kih kih kih...Mr Tunang gelak je tgk gelagat i yg suke bergambo..laynnnn
sedang pikir ape la gaya gedik lagi nak buat ni...



aksi seorang yang kuat berangan..haha act ngah bosan tunggu miss kedai tu edit our card draf..sooo ni la jadi nye
haha layannn aje ok...

So moralnya jangan biarkan kami menunggu terlalu lama..nanti berbagai2 lagi yang kami buat hehe...Kat sini i nak share something ngan u all...ok saksikan pic di bawah ni dulu

dari mykadkahwin.com


Ini adalah antara banting yang menarik i punya hati..nampak santai dan menarik..and i pon cakap kat Mr Tunang...

i : Abang..b nak bunting yang macam ni...cantik la
Mr Tunang: Haaa cantik..tapi abang nak yang macam tu...

Haa yang macam mana MR Tunang nak??? jap i bg u all tgk k...hehe

dari mykadkahwin.com
Haaa macam ni la yang Mr Tunang nak...ALAMAK!!! perhatikan gambo ini betul2.....adoi...haha mana boleh cium-cium ni...kite belum kahwin!!! hahah pandai Mr.Tunang ni...GATALLL hahaha

So lepas kami betulkan ape yang patut..miss kedai tu bagi kami sain borang confirm...maka dengan itu tunggu lah kad kahwin kami yang SIMPLE but banyak makna ok...

Sunday, October 10, 2010

::Anugerah Pembaca Tegar - cordanalieya.blogspot ::

Penganugerahan ini diberikan kepada
pada 10.10.10 bersamaan hari ahad
sebagai penghargaan kerana telah berjaya menjadi pembaca
tegar sejak blog ini  diwujudkan.

 
Julung-julung kalinya i bagi penganugerahan buat reader i..hari ni i rasa agak terharu dengan pengakuan ikhlas lagi jujur dari seorang reader yang juga merupakan my senior di sekolah dulu. Menurut beliau, beliau telah mengikuti perkembangan blog i sejak ia diwujudkan since last year.Segala bukti yang sahih telah diberikan dan memang pembaca ini layak diberikan anugerah ini. Tapi sayang beliau hanya jadi silent reader aje di blog i..so u all boleh lah jalan2 ke blog beliau k www.cordanalieya@blogspot.com.

Kepada pembaca yang lain jangan putus asa dan jangan sesekali hampa ok. Sila buktikan anda adalah pembaca tegar dengan meninggalkan jejak anda or komen di entry2 yang ada. Penganugerahan ini  akan diberi dari masa ke semasa berdasarkan bukti bahawa anda adalah PEMBACA TEGAR blog ini..thanks.. 


Saya nak kamu ada!!

Hujung minggu yang sangat bosan. Mana tak nye umi abah n kak ngah pergi terengganu coz ade wedding anak angkat umi. Mr Tunang?? hmmm pergi bercuti pulak ngan family die...ke Teluk Cempedak bermalam di sana. Housemate semua?? hmmm masing-masing ada hal tersendiri. Tapi i tak salah kan mereka semua coz i yang tak sudi ikut bile diorang ajak ikut..so nak salah kan sapa??? DIRI SENDIRI PUNYA SALAH...

So tak perlu kata apa di sini...cuma i nak kate yang i terasa paling sunyi bile Mr Tunang takde...SAYA NAK KAMU ADA SENTIASA DENGAN SAYA!!!!! kalau Mr Tunang ada boleh jugak keluar makan, window shoping kat  Alamanda ke, atau pergi tengok design kad...haahhh???? DESIGN KAD.....dah pon siap...tunggu kami datang untuk review n betulkan apa yang patut...

So entry kali ni memang mood i dalam kesunyian dan kebosanan.....SEKIAN

Saturday, October 9, 2010

::Kasut Nikah: Perlu atau Tidak??::

Sumber dari Google

Topik yang cakap hari ni adalah berkaitan dengan kasut nikah. Perlu atau tidak perlu kasut nikah untuk majlis akad nikah i nanti?? soalan ini lah yang bermain-main di fikiran i sejak dua tiga hari ni. Tapi  my heart kuat mengatakan bahawa ianya adalah tidak perlu. But WHY??? haaa meh sini nak explain:-
  • Pertama sekali, majlis akad nikah i nanti akan dilangsung kan di rumah saja. Kalau majlis akad ni dilangsungkan di masjid baru la i rase kasut nikah adalah penting. WHY? haaa tak kan la pengantin nak ke masjid dengan berkaki ayam atau berselipar jepun plak kan..hehe tak pernah pulak di buat orang..
  • Kedua, kalau i perlukan sangat kasut nikah untuk bergambar i boleh aje minta vendor i sedia kan kasut untuk sesi bergambar untuk majlis akad itu nanti. Ataupun pakai saja kasut yang vendor sediakan untuk majlis resepsi yang penting warna sesuai la...takkan la baju akad nikah putih tapi pakai kasut warna biru pulak kan. Agak-agak la kan heheh
  • Ketiga, i rase sangat tidak perlu untuk my majlis akad nikah nanti coz i akan duduk bertimpuh kan...so tak perlu la pakai kasut. Nanti tak pasal2 macam ayam berak kapur coz tak selesa duduk dengan kasut..
sumber dr google
So kesimpulan nya tidak perlu kasut untuk majlis akad nikah i nanti...hoho i tak perlu buang masa untuk cari kasut yang cantik and paling penting i tak perlu keluar duit untuk beli kasut nikah ni..