Tahukah you all apa yang di maksudkan dengan pre-wedding?? act i tertarik dengan soalan cik yati (my BFF) malam semalam and terus i nak jadikan topik ni sebagai entry i kali ni...so marilah i jelaskan Apakah itu makna Pre-Wedding pada pendapat i sendiri. (Kalau pendapat i ni bertentangan dengan u all punye pendapat so i minta maaf awal2 ok..)
Pre-Wedding adalah bermakna Pra-Perkahwinan dalam bahasa melayu. So kalau dah di sebut Pra tu terang-teranglah ia sebagai satu permulaan atau sesuatu yang diperingkat awal. Kalau dalam perkahwinan, apa-apa yang perlu dilakukan oleh Bride to Be semua adalah Pre wedding.
Kadang-kadang bila disebut sahaja Pre-wedding mesti orang akan kaitkan dan bayangkan dengan pergambaran/fotografi...haaaa itu betul...fotografi jugak merupakan salah satu pre wedding yang menggambarkan suasana sebelum perkahwinan. Tapi pada pendapat i, pre wedding boleh jadi juga Facial Pre Wedding, Body Shape Pre Wedding,Henna Pre Wedding ot etc.
Jom kita hurai satu persatu:-
Pre-Wedding Photoshoot - Sesi fotografi yang mempunyai tema tersendiri. Biasanya bergantung pada Bride to Be untuk membuat tema tersendiri. Ada yang menceritakan bagaimana pertemuan antara Bride to Be, ada yang bertemakan sesi lamaran, ada yang bertemakan klasik dan ada juga yang sekadar tema happy and fun. Dan foto pre wedding jugak biasa nya digunakan untuk diletakkan pada kad jemputan, pada banner atau bunting dan ada juga diletak kan didalam album dan di letakkan di dalam bilik pengantin untuk tatapan rakan-rakan. So bergantung pada empunya diri lah. Dan yang paling utama sesi Pre Wedding ini adalah untuk menguji kemampuan fotografer untuk majlis kahwin nanti.
Sumber Google |
Sumber Google |
Sumber Google |
Henna Pre Wedding- Ini adalah dibuat untuk memilih atau mencuba corak henna dan warna henna yang akan digunakan. Bagi i ini penting jugak supaya muka i tak la masam di hari persandingan bila henna yang i pakai buruk dikerjakan oleh tukang henna yang tak mempunyai bakat..So penting untuk kita tengok hasil kerja mereka dulu ok..
Sumber Google |
0 comments:
Post a Comment