BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 12, 2012

Catatan selepas berkahwin

Memang agak terlambat nak post story pasal ni..tapi nak jugak story supaya story dalam blog ni tak tergantung begitu sahaja.

Cerita nya bermula di sini

Episod 1

After wedding selesai itu dan ini husband and i berpindah lah duduk di putrajaya (act husband i yang berpindah masuk kuarters yang dah sememang nya didiami oleh i bfore married lagi.).Bermula lah kehidupan kami berdua sebagai suami dan isteri. Memang seronok hidup berumah tangga everything dikongsikan bersama. Honeymoon all the time and everyday. Alhamdulillah berkat perkenalan kami 9 tahun sebelum berkahwin menyebabkan kami mengenali satu sama lain. Jadi tak susah untuk i paham dia dan dia paham i.
Nak diringkas kan cerita hidup kami asyik terseyum aje.Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah mengetemukan kamu berdua dan bersatu dengan ikatan perkahwinan yang suci. Semoga ikatan ini tetap kukuh dan utuh sehingga ke akhir hayat kami..amin.
Pic h.moon semporna island

Episod 2

5 minggu kemudian i disahkan hamil. Betapa gumbira hati tak terucap. Hanya kata syukur ku panjang kan di atas  kebesaran Ilahi. Alhamdulillah  Kau perkenan kan doa kami. Kini di dalam perutku ada seorang insan bernyawa yang sangat comel. Bagaikan tak percaya. Terharu sehingga menitiskan air mata. Hari-hari melihat kalendar tak sabar menantikan saat kelahiran si kecil yang di jangkakan 24 Oktober 2011.Pada 9 minggu kehamilan pertama kali i and husband melihat denyutan jantung si kecil kami. Sekali lagi menitis air mata. Ya Allah periharalah si kecilku dan beri lah aku kekuatan untuk mengandung dan melahirkan seorang lagi khalifahMU.

Segala persiapan fizikal dan mental harus disediakan. Husband melayan si preggy bagaikan sang puteri. Alangkah bertuah nya! Saat mengandung memang seronok. And yang i paling tak boleh lupa, i sangat loya bila i bau kuali. (kuali ada bau ke?) haahaa..tapi itu la hakikat nye.Dan yang paling buatkan husband i tak boleh lupa bila i mengidam nak makan KFC..haaa tapi i nak KFC yang di serve guna pinggan SAHAJA. (now byk restoran KFC serve pakai box je kan. Sungguh ngada-ngada kan? hehe..
preggy 5 mths

Pada 27 minggu kehamilan. Dengan perasaan excited i pergi buat details scan di sebuah klinik swasta. (nyesal g sini) Doktor scan all part of my baby everything ok but...doktor kata di ventrikal si kecil kami terdapat lebihan cecair kerana ukuran di ventrikal sebelah kanan lebih besar berbanding ventrikal di sebelah kiri. What?? i terpinga-pinga tak tahu apakah itu satu masalah? perasaan ketika itu sangat sedih. Hati mula runsing. Mula google mencari jawapan kepada persoalan itu. Menurut hasil google lebihan cecair di ventrikal boleh menyebabkan kecacatan (kepala membesar) Ya Allah jauhkan lah si kecilkan dari segala penyakit..Setiap hari ku panjatkan doa buat Illahi..Setiap hari ku baca kan surah Yassin buat si kecil. Husband setiap hati menenangkan i n pujuk supaya tak fikir yang bukan-bukan. 

Dengan surat yg diberikan oleh doktor tersebut, kami bawa n tunjukkan pada doktor pakar putrajaya. Sekali lagi doktor tak dapat pastikan apakah masalah yang sebenar dan membuat satu temujanji dengan doktor pakar Baskaran di HKL. Sepanjang menunggu tarikh temujanji perasaan i tak tenang. Selama itulah i menangis setiap malam. Akhirnya seperti tarikh yang di tetapkan. Kami buat details scan sekali lagi dengan doktor Baskaran . Segala keputusan adalah normal..saiz ventrikal adalah sama kiri dan kanan.Akhirnya segala persoalan terjawab. Doktor swasta tu tersalah measure meyebabkan saiz besar sebelah. Ya Allah sekali lagi Kau telah perkenankan doa kami. Alhamdulillah
scan 27 minggu.hidung mancung hehe
scan 20 minggu

Gambar scan details takde plak dalam pc ni..yang ade scan 2D ni je..ok la tu kan.

Episod 3

Check up seperti biasa pada 37 minggu kehamilan. Terkena pulak dengan doktor pakar En Azmi di hospital Putrajaya. Doktor kata  "awak tak rasa sakit ke masa berjalan? saya tengok ok je?" i jawab " tak sakit la doktor, kenapa?" doktor terus suruh i baring untuk di scan. Sedang scan tu doktor tertonyoh2 my tummy (risau gak si kecil tak sakit ke?) rupa-rupa nye patut lah susah doktor nak cari kepala si kecil. .kepala nya masih belom enggage patut la i tak sakit lagi..then terus i di masukkan ke wad..di pantau sehingga 38 minggu..tak jugak engage. Doktor kate kalau still tak engage terpaksa operate coz risiko takut tali pusat terkeluar dulu. Puas dah i panggil bidan betul kan. tapi tak jugak pusing..puas jugak i bercakap ngan baby tapi tak nak jugak bby pusing. Akhirnya sebelum 40 minggu i dah pon di seret masuk ke dalam bilik bedah. Sangat2 sedih.. so jangan di tanya ke napa doktor taknak tggu 40 minggu atau tggu due..i pon tak faham..geram pon ada..tapi apa pon i bersyukur semua nya selamat..45 minit dalam bilik operation akhirnya terdengar jeritan (bukan tangisan) si kecil kami. Keluar dari bilik bedah husband peluk cium i n letakkan baby di sisi hilang segala kesakitan.
sehari baru di dunia

MUHAMMAD ADILLAH IRFAN BIN ISNAWAWI

hari ke empat
Bersyukur si kecil kami lahir dengan sihat dan sempurna. Wajah comel ini lah yang buatkan hidup kami suami isteri lebih bahagia dan ceria. Kini irfan dah pon 9 bulan. Cepat sungguh masa berlalu.

TO BE CONTINUED!!!

 
 



Bersiaran Kembali

Hai all...

Dah lama hampir 2 tahun dah tak meng update blog ni..dah berkulat tapi dalam proses membersihkan segala kulat2 dan juga sawang2 yang ada ni.

Sekarang blog ini akan bersiaran kembali i'allah dengan izin Allah dan dengan izin suami dan dengan izin anak! 

Kalau dulu banyak story pasal persiapan pertunangan, wedding and segala cerita zaman muda-muda @ zaman bujang .

TAPI KINI

Blog ini adalah blog seorang wanita yang juga merupa kan seorang isteri merangkap seorang mommy kepada seorang anak yang kini berusia 9 bulan.

Story morry dalam blog ini juga diharapkan akan lebih matang, sesuai dengan status penulisnya kini.

Hope lepas ni mommy akan ade banyak masa untuk meng update blog ini amin...

 Amin.



Saturday, February 19, 2011

Ucapan dari tetamu kami :Guestbook

Ini adalah sebahagian wish dari tetamu kami. Kalau boleh setiap page i nak snap. Tapi kesuntukan masa coz masa tu ngah sibuk untuk persiapan nak g majlis bertandang. Jadi nanti ada masa i nak snap semua page.

U all saksikan lah kemeriahan buku tetamu kami ni.

CERIA

WARNA WARNI
so cute
sangat kreatif ini budak..dilukis oleh tetamu i yang merupakan kawan zaman sekolah :)
Kami terpikir selama mana masa yang diambil oleh tetamu kami di atas untuk melukis ini..sangat special buat kami..
sangat byk wish suke :)
siap ada rumput2 hehe
senyum je bila baca :)
Ucapan dari group skuad barrel penjara
dari opismate n jiran
:)
Simple je pon dah nampak menarik...boleh buat kami senyum jugak..haha baca macam org giler plak senyum2
Dari kawan2 um student :) diorg sgt kecoh masa hari kejadian :)
um lagi ni
Ini la antara nya hasil nukilan dari para tetamu yang hadir. Kalau ikut kan hati i nak letak semua kat cni. Tapi banyak sangat.


Ok jumpe next entry k

Tuesday, February 15, 2011

Buku Tetamu Kami- The making of

Now baru ada masa nak share cite pasal my DIY guestbook/Buku Tetamu. Sangat berbangga ngan hasil tangan i ni. 100% puas hati.
Pic kat meja tetamu masa majlis
Perasaan sangat teruja bila tengok Buku Tetamu ini gah di atas meja Buku Tetamu masa majlis hari tu.Walaupun ngah sibuk senyum2 pada kamera-kamera yang ada i sempat jeling pada buku tetamu kesayangan i ni.
Buku tetamu masih dalam poses pembikinan
  Gambar di atas setelah baru selesai tampal-tampal bunga. Kalau i biarkan kosong macam tu pon cute gak kan. Tapi nak lebih glamor i tambah la reben bg clazz sikit. Dan cita-cita i nak gunakan sebaik-baiknya gambar Pre-Wedding akhirnya terlaksana setelah idea untuk letak short story tercipta.

Pic-pic pre wedding yang cerita kan pengenalan kami. :)
kartun boy n girl yg dilukis oleh My Lovely Hero
Last page buku tetamu kami Yeay!!
Selesai adegan tampal menampal. Penat jugak la i perah otak untuk buat ayat bg setiap picture yang i nak sampaikan. Akhirnya i puas hati. Terasa comel plak hehe (angkat bakul ngan hasil)
Hiasan untuk atas meja? Dekorasi Meja Tetamu??
Sangat simple..masa jalan2 kat giant, kami singgah kedai yang jual setiap barang RM5, Terjumpe plak ini fram yang cute!! white color lagi tu..
Memang sesuai sangat!!
Ape macam?? comel kan?? letakkan gambar2 yang bersesuaian untuk tontonan umum heheh
Then untuk alat tulis kami memilih magic pen warna- warni coz nak nampak ceria. Dan pilihan warna warni kami tu memang sangat berguna untuk tetamu2 kami yang kreatif. Nanti kite tengok plak hasil kreatif tu k. Magic pen tu i letak dalam bekas ni
Bekas pensel cute
haaa...sweett sangat...LOVE LOVE LOVE
Dan sebagai tambahan atau pemberitahuan, i dah buat tulisan BUKU TETAMU untuk diletakkan dalam frame. Masa nak print gambar tulisan BUKU TETAMU tu orang kedai macam tak percaya plak hehe..ye la selalu org cuci gambar ni i plak cuci tulisan
Frame BukU Tetamu
Tetamu-tetamu kami memang sangat sporting..banyak sangat ucapan-ucapan kreatif dari diorang semua. Dan kami akan simpan buku ini baik-baik coz itu la kenangan dari tetamu kami yang paling bernilai Bila senang-senang kami baca balik buku tu..dan pastinya kami tersengeh2 tergelak2

Thanks untuk semua yang sudi wish kat buku tu.Next entry i akan share antara wish2 yang kami dapat.

Again...thanks to all of u



Sunday, February 13, 2011

Pengapit ku cute and tahan lasak

Bersesuaian dengan tajuk entry kali ni. Nak story sikit pasal my bridesmaid yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis i hari tu.

(1) CUTE :-
Kedua-dua bridesmaid i disebelah majlis resepsi dan majlis bertandang  sama- sama cute (ceh kembang kempis la jawabnya hidung diorang ni). Tapi memang betul pon. Boleh dikata kan diorang ni mempunyai ketinggian yang lebih kurang sama. And ofcoz la terkurang sentimeter dengan ketinggian i yang 160cm ni.

Disebabkan diorang ni mempunyai bakat dalam bidang ngapit mengapit ni (bahasa apa nih) jadi i memilih diorang la untuk jadi orang penting. Memang terhutang budi sangat ngan diorang ni.

SAPA DIORANG NIH??
Haaa dua-dua my BFF. Sejak dari zaman belajar lagi.
Bagi la tepukan gemuruh buat :-
  • ASNIZA AHMAD @  JAJA (majlis resepsi)
  • NURHIDAYATI BT AKMAL @ YATI (majlis bertandang)
MAJLIS RESEPSI : Seminggu sebelum majlis resepsi i pesan sungguh-sungguh kat jaja suh dia pakai kasut tumit tinggi. I cukup risau takut tak sampai plak jaja nak mengipas i nanti. Dan pada hari kejadian jaja pakai tumit tggi setinggi 3 inci kot hehe sayang jaja la..so ketinggian kami tidak la ketara sangat.

Agak comel  si jaja ni heheh
MAJLIS BERTANDANG: 1 Hari sebelum majlis bertandang i p amek yati kat stesen komuter Kuang. Masa jumpe tu i pasan ngape yati nampak tinggi..Bila pandang pada kasut yang yati pakai tu wahhh tinggi..nampaknya yati sudah paham awal2 lagi. Dan dia sudah bersedia hehe. Dan yang paling ketara masa makan beradap nampak sangat yati sangat cute..renek je haha. Kebetulan kerusi makan beradap pengantin tebal dan besar. so lagi la nampak ketara.


yati sedondon dengan my niece

Kerusi kami besar!!! yati nampak kecik

(2) TAHAN LASAK

MAJLIS RESEPSI: I rasa cabaran yang dilalui oleh my  bridesmaid jaja masa ni ialah menghandle kain labuh si pengantin yang meleret2. dan ikut istiadat yang serba serbi nak protokol. And masa tu plak cuaca panas terik jadi jaja terpaksa asyik touch up i aje. Masa makan plak napkin i terjatuh, jaja korban kan die punya napkin gantikan i punye yang jatuh. Masa sanding veil i asyik tersangkut bawah punggung  coz tertunduk2 salam orang, Jaja asyik kene betulkan. Jaja terpaksa berlari amek kipas kat pelamin masa acara red carpet nak bermula. Sangat terharu ngan pengorbanan jaja. And masa majlis akad nikah, Jaja setia di sebelah i. I genggam tangan jaja bila i rasa sangat nerves. Kredit jaja pon terkorban akibat tb2 handphone i takleh guna..TQ JAJA MUAH!

jaja yang agakcemas semasa perarakan masuk
MAJLIS BERTANDANG: Majlis yang cukup-cukup menguji kelasakan my bridesmaid yati. Kerana kebetulan minggu tu hujan tak henti2. Sepanjang perjalanan kami dari KL - Bera asyik hujan aje. So dah dapat bayangkan apa yang bakal berlaku. Masa make up yati setia menanti i. Die sangat teruja tengok mak andam i make up. And yati sibuk tanya itu ini pada mak andam hehe. Yati tolong i masukkan barang2 i dalam beg, klu tak sure barang i bersepah entah2 hilang. Masa sanding syukur hujan dah reda sikit. tapi jaloan basah,kain i plak meleret juga. Yati pandai main peranan pegang i punya kain takut kotor. Tapi bile dalam gambar?? Alamak!! kain i terangkat la haha..klu tak kerana yati sure kain i basah dek hujan..Masa sanding yati banyak kali pesan kat i suh senyum ( mulut i dah letih). Masa makan beradap yati ambil kan i lauk. Yati layan i macam permaisuri raja hehe,. Tiba acara potong kek yati tolong my husband putus kan bunga tangan i letak kat baju kot.. Wahh sungguh terkejut i dengan keberanian my bridesmaid yg sorg ni. And my husband kate yati sangat bagus, coz tolong my husband bersiap masa mak andam ngah siapkan i. Masa jumpe tetamu yati pesan kat i ( zura jumpe sape2 salam je) hehe i ingat lagi ni..coz i tak salam just senyum je..Sangat terharuu bile pk balik.. and yati balik ngan famili i tanpa i disisi.. :) sangat syukur coz yati memang dah biasa ngan famili i sejak awl lagi.. so die dah tak segan2 lagi...
LOVE YATI MUAH

kenangan yg tak dapat dilupe kan bile bersanding dalam hujan

TQ to both of you dear :)

Friday, February 11, 2011

8 Tips untuk Outdoor Photoshoot

Adalah diingatkan bahawa tips ini adalah berdasarkan pengalaman i sendiri dan i rasa ianya sesuai untuk semua bakal pengantin yang akan merasai sendiri keseronokan, keletihan dan kenikmatan ketika berphotoshoot :) 

sharing is caring ....

  •  Jangan lupe makan dulu nanti lapar susah nak senyum

  • Jangan lupe bawa selipar (selipar jepun lagi best) senang tak sakit kaki untuk ke lokasi shoot yang berbagai-bagai (berbatu-batu) kaki pon tak la melecet.

  • Jangan lupe bawa air mineral at least nanti haus lebih-lebih lagi musim panas.

  • Jangan lupe bawa adik, abang or kawan untuk buat video shoot. Sangat best bila tengok semula gelagat kite ketika di arah itu ini oleh fotografer. Sure gelak sendiri.(Boleh di jadikan video sebalik tabir)

  • kalau nak suruh adik, abang or kawan snap pic jangan biarkan flash kamera digunakan kerana takut mengganggu hasil kerja fotografer kite.
  • Jangan degil dengan arahan fotogfer, buat aje apa yang disuruh

  • Sentiasa senyum kerana fotografer or assistant fotografer sentiasa nak gambar candid kite ngeee takut terbuat aksi-aksi yang terlampau kan
  • Last sekali jangan lupe bawa compact powder k..and lebih elok lagi jika bawa span yang mak andam bagi tu supaya muke kamu tak la berkilat macam cermin.

sedikit preview outdoor photoshoot

Meh nak update sikit blog ni dengan gambo outdoor yang my fotografer upload kat facebook. Huhu macam dah tak sabar lagi dah nak tengok album kahwin kami..wahhh tak sabar...

Dengan ada nye gambar2 ni lagi buat kan i tak sabar nak tgk semua tau..

So i bg u all tengok sikit k.




Haaaa ini lah antara gambar yang di tagged kan di facebook.. 
aduhhhh!!!

i sangat teruja sekarang ni..lambat ke lagi...



http://www.qayyumstudio.com

Tuesday, February 1, 2011

Resepsi sudah,Bertandang pon sudah

Syukur sangat kedua-dua majlis resepsi and majlis bertandang
telah selamat diadakan seperti apa yang dirancang.

Sekarang i and Mr.Husband sedang menghabiskan saki baki cuti
yang ada.

Minggu depan bermula lah kehidupan baru kami berdua sebagai
husband and wifey
(Sekarang pon dah bermula act, tapi minggu depan baru kami
start berdua serumah)

Dan minggu depan jugak dah mule kerja..(ahhh bosan)
Mr Husband pulak lagi la kesian, khamis ni dah mule kerja.

maka berakhir lah penantian kami selama 10 tahun bercinta,
Penantian yang berakhir di jinjang pelamin juga..alhamdulillah. 
Dan akan terus bercinta selama-lama nye i'allah..

To all my dear reader,
Hope u all dapat bersabar menanti cerita-cerita pasal wedding
kami yang akan i kongsikan disini.

I'allah i akan share ngan u all tips-tips yang i rasa sangat berguna
untuk semua bride to be di luar sana :)

Thursday, January 27, 2011

sapa ambil Bunting and frame centerpieces saya??

Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Dimana frame centerpieces kesayanganku n bunting kesayangan ku telah hilang di ambil org!!!

ADUHAI kasihan...

Adakah kerana Frame Centerpieces ku terlalu unik??

Adakah kerana Frame centerpieces ku itu tidak terdapat di mana2 kedai untuk dijual???

Adakah kerana yang mengambil nya terlalu fanatik @ ada niat tak baik??
Antara frame yg tinggal..Peminat my frame centerpieces..


Adakah kerana Bunting kesayanganku itu sangat cantik?? 

Adakah kerana bunting itu tidak sesuai diletakkan ditepi jalan kerana mengganggu lalu lintas
menyebabkan ia di ambil orang???
Bunting yang hilang bersaiz 5 x 3 kaki..nasib bunting gambo yg sama ada 2
ADUHAI BUNTING and FRAME CENTErPIECES AKU!!!

Tapi dun worry la..i halalkan sape yang ambil..sebagai hadiah kerana sudi datang majlis i ni
i tak simpan perasaan marah pon sebab??

  • Orang yang ambil tu mesti terdiri dari tetamu i sendiri
  • Or maybe orang yang ambil tu datang lewat n majlis dah tutup so bunting di sebat aje la. (berbaloi kot dari jauh datang)
  • maybe beliau terlalu teruja dengan hiasan meja n bunting itu.

So i takkan simpan dalam hati cuma i nak sangat tahu sapa orang nya hehe i nak ucap terima kasih coz suka dengan idea2 i ni :) TQ TQ

Akad Nikah : Part 1

Majlis akad nikah pada 21 Januari 2011 berjalan seperti apa yang dirancang.

Yang bestnya majlis sepatutnya bermula selepas solat isyak, tapi rombongan pengantin lelaki datang awl sebelum isyak. PENGANTIN PEREMPUAN BELOM SIAP LAGI hahaha
 
Maybe kerana PENGANTIN LELAKI sangat tak sabar?? Adakah kerana PENGANTIN LELAKI sangat excited??? 

Tapi kalau difikir2 memang patut n bernasib baik rombongan tiba awal daripada tok imam kan.

Kesimpulan nya yang i sangat berpuas hati:
  • Pelamin mini i sangat cantik seperti mana yang i nak
  • Hiasan bilik tidur yang sangat cantik English Style
  • Veil nikah i sangat cantik n simple.
  • make up nikah yang bersahaja
  • pengapit i pakai baju ikut tema
  • Umi i masak sangat sedap
  • Kawan i ramai datang, meneman kan i yang berdebar2 ketika itu
  • and yang paling i suke??? Pengantin lelaki yang sangat kacak malam tu :)
 Nanti i sambung lagi pasal majlis nikah lengkap dengan picture sekali ok...

1 je dulu k



 

Dia terima nikahnya sudah..Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah majlis kami selesai seperti apa yang di rancang.

Perasaan sangat happy bila dah selesai segalanya. hanya tinggal

majlis bertandang di sebelah lelaki.

MR.TUNANG VS MR.HUBBY

Dengan sekali lafaz dia terima nikahnya, JUMAAT,21 JANUARI 2011


Nantikan huraian lanjut majlis kami nanti

Friday, January 14, 2011

Debaran Menunggu Baju Sandingku

Dup Dap Dup Dap Dup Dap

Begitu lah perasaan yang hendak digambarkan ketika ini sementara 

menunggu saat untuk 1st fitting baju sandingku tersayang...

Aduhai bagaimanakah rupa dikau wahai si baju sandingku??

Cantikkah dikau??

Sama tak dengan apa yang i nak kan??

Adakah dikau menjadi seperti baju idaman ku??

Semua itu bakal terjawab pada hari ahad ini 16 Jan 2011..


TUNGGU WEDDING KAMI 7 HARI LAGI!!


Genap seminggu sahaja lagi

OMG!!

Hari ni 14hb Januari kan???

Ini bermakna genap seminggu sahaja lagi...

Tapi mood kenapa semakin malas untuk menyemak checklist?? adakah semua sudah beres??

Jawapabnye : Belum beres lagi...

masih ada yang perlu dicari..tapi semua tu tunggu minggu depan..

SO PLAN FOR TOMORROW??

  • Balik umah tengok doorgift yg half siap
  • Facial petang esok
  • Ahad pergi fitting baju
 Apakah perasaan anda setelah tinggal 7 hari sahaja lagi???

Jawapannya: Perasaan masih tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata
ohhh biar betul??
 
TUNGGU WEDDING KAMI 7 HARI LAGI!!

Thursday, January 13, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran Abah


 Ini lah wajah My Hero, My Boyfriend, My Lovely Papa, My Sweetheart, My Abah n my everything

1st, i nak wish HAPPY BIRTHDAY to my Abah
"Today 13 Jan"

Orang Cayang Abah Forever and Ever!!

For me, abah adalah seorang abah yang terbaik diantara yang terbaik.

Abah seorang yang penyanyang!! Walaupun orang kata
muka abah nampak garang..

Dalam Usia abah yang semakin meningkat hari ni..kami semua sentiasa 
senyum...ketawa..

"" Di mana kan ku cari ganti...Serupa denganmu...""



 Dari pagi tadi i kol abah tapi abah tak jawab..So kol hp umi ..umi kata abah kat belakang rumah ngah kemas Stor...i pon suruh umi je sampai kan ucapan selamat hari jadi kat abah



Nak jugak selitkan cerita tentang majlis kahwin kan..(maklumlah mood kahwin ni)

Masa majlis akad nanti mesti lah abah akan jadi antara orang yang paling penting..
"WALI"

Bukan Wali Band ok..

Ni Wali yang merupakan syarat sah nikah..Tak de wali so tak leh kawen k..

Tak lama je lagi abah akan pindahkan tanggungjawab membela, mengasuh, mendidik, anak nya 
ini pada Mr Tunang...

Rasa-rasanya kan...mungkinkah akan mengalir airmata ini tatkala lafaz "aku terima nikah nya"??
ohoooo tak dapat nak bayangkan lagi..


so 

TUNGGU WEDDING KAMI 8 HARI LAGI!!

Monday, January 10, 2011

Mood si Bride to be

NEVES??


RUNSING??


BIMBANG??


GELABAH??


CUAK??

Hey!! i  nak kahwin la...bukan nak pergi berperang!!!
Pergi berambus la semua perasaan tu!!!



MOOD HAPPY  Yeay!!!!

(motivasi kan diri supaya lebih bertenang kerana saat itu semakin hampir)



TUNGGU WEDDING KAMI 11 HARI LAGI!!