hai all....haa hari ni baru la ade mase ckit nak update pasal my engagement ni...bukan pe..banyak nak di upload gambo..lagi pon baru je diz week CD pic i ni sampai kat kuching ni...so hmmm sambung ekkk
*********************************************
around 2.30 pm rombongan dari pihak lelaki sampai...ade dekat 30 orang kot(hmm maaf lah kalau salah k..tak sempat nak kira) ahli keluarga my dear tiba dengan membawa 5 dulang hantaran..hmm mase ni la my fotographer sibuk la KLIK! KLIK! KLIK!
yang baju kuning ni kak ti yang merupakan kakak ipar my dear
sesampai je rombongan disambut mesra oleh keluarga n jiran-jiran i yang telah menanti dengan penuh excitednye hehe..rombongan pihak lelaki disambut mesra..tapi tak la macam dulu-dulu berbalas-balas pantun..majlis dimula kan dengan jamuan makan kerana jam pon dah lewat n sure rombongan pihak lelaki tak menjamah makan tgh hari lagi..jadi sila lah menjamu selera sebelum perut berbunyi2 ketika sesi perbincangan...
yang i ni pulak?? hmm sibuk lagi bergambo2 bersama kawan2 kat dalam bilik tu..walaupun pada masa tu jantung i ni DUP! DAP! DUP! DAP! hehe entah kenapa...
gelap la pulak..tgk muke diorang ..pantang ade camera hehe tapi korang mmg best
sesudah makan maka sesi perbincangan antara kedua-dua pihak pon dijalankan..mukaddimahnya dilaksanakan oleh wakil tuan rumah pihak kami iaitu Pak cik Daud..ucapan selamat datang dan kata aluan diberikan sebagai mengalu-alukan kedatangan pihak lelaki..dan dibalas pulak oleh wakil di sebelah pihak my dear iaitu pak sedara nye sendiri..
::antara isi-isi perbincangan itu ialah::
@ wang hantaran@tempoh pertunangan@dulang hantaran@mas kahwen@tarikh yang dicadangkan@
selesai perbincang (haaa mase ni la i diarahkan oleh bonda tercinta untuk keluar duduk diatas pelamin mini yang telah di sediakan..hehe inilah mase yang dinanti-nanti duduk bertimpuh diatas pelamin angan ku..maka saat nye telah tiba) sebelum acara menyarung cincin dilakukan oleh bakal ibu mertua...bacaan doa di dahulukan bagi memberkati lagi majlis..cincin pula ditunjukkan dahulu pada my lovely abah (i dun know what mean of this action)
alamak hidung dah kilat2 dah ahaha
Umi tercinta ...wajah keletihan..thx umi
selesai bacaan doa maka berlansunglah acara menyarung cicin..perasaan i mase ni happy pon ade terharu pon ade coz hampir 9 tahun bercinta baru lah kami tiba di tahap ini..dengan tersarungnye cincin itu maka secara rasmi nya i dah pon digelar tunangan orang..maka bermula lah tanggungjawab menjaga diri dan hubungan sebagai tunangan orang..orang kate dugaan dalam tempoh bertunang ni hebat..tapi i'allah kami dapat harunginya dengan baik i'allah.
menggigil jugak heheh
salam kasih mesra
selesai lah kedua-dua belah pihak menyempurnakan adat pertunangan..sesi fotografi pon bermule..
sempat posing jap ngan umi , mak n my dear
rombongan pihak lelaki pon berangkat pulang lebih kurang jam 6 petang..dalam keadaan hujan yang agak lebat..hmm sedih gak mase ni i tak puas pun nak bergambo..lebih2 lagi ngan tunang i tu..pic kitorang tak banyak..n sume dalam keadaan tak ready..mane tak nye..nak poss je ade je org ngusik2 "haa jangan dekat-dekat" eeeee kami pon bergambo dalam kadaan sorang pandang sane sorang lagi pandang cni..sorang senyum, sorang lagi tergelak..hehe..pelik je...hancus gambo..
bye bye
0 comments:
Post a Comment