Malam ni tetiba je terlintas idea nak kongsi ngan u all keunikan bahasa sarawak. Haa bahasa sarawak ni agak menarik, unik dan kadang2 tu boleh di kate kan pelik... cakap pasal pelik kan...haaa nak story sikit ni...kalau tak salah i masa tu 1st day kami pegawai baru melapor kan diri di Ibupejabat Jabatan AuditNegara Cawangan Sarawak di Simpang Tiga. that time i n dua lagi housemate naik kereta ke opis..but lagi 4 org housemate i terpakse naik bas...naik2 je bas ...ade mamat2 dalam bas tu cakap " lawa2 nyeR...." (kira berbangga la jugak diorg...mane tak nyer kene puji.. kembang la sekejap) then sampai opis diorang pon story la kat kami ni...but my senior yang dah mahir berbahasa sarawak (that guy also come from malaya or semenanjung)cakap lawa tu bukan "lawa" haaa baru la kami tau yang lawa tu bukan la maksud nyer CANTEK but lawa mean SOMBONG.. jadi...kepada u all hati2 la ngan bahasa orang sarawak ok...nanti jadi perasan tan pulak hihi ok la...ape kate kite belajar bahasa sarawak jom!!!!!! but basic2 je la i tau...i sendiri pon belum boleh lagi berbahasa sarawak...kalau diorang bercakap i terlopong je la jawabnye... KITAK ---------AWAK KAMEK----------SAYA DIAM------------TINGGAL KELAKAR---------CAKAP SITOK-----------SINI SIA /SINUN------------SANA PUSAK----------------KUCING ASUK----------------ANJING LAWA---------------SOMBONG PANDEI-------------PANDAI TETAK-------------KETAWA MADAH/PADAH----------BAGITAU/CAKAP BERGAUT-------------NAK CEPAT GAGO----------------SIBUK BERREKOD--------BERLARI AYAM-------------MANOK SINEY---------------MANE GEREK-------------AWEK NANGGA/DIAT--------TENGOK SIGEK---------------SATU IGIK---------------BILANGAN LIMPAS--------------LALU/LEPAS SIK DA-----------------TAK ADE CONGEK-----------------SEDIH LEPEH------------------ORANG2 SEMENANJUNG GIK -------------SEDANG MANAS------------------MARAH POLAH/MOLAH------------------BUAT IBOH-------------------------JANGAN NEMU----------------JUMPA DIBAH/DEBAH--------------BAWAH KEBAH--------------KEBAWAH BILIT--------------BILIK BULAK----------------TIPU KINEK TOK----------SEKARANG NOK---------------YANG NOK TOK----------YANG INI NOK YA-----------YANG ITU NOK NEY-----------YANG MANE ARI MAREK--------------SEMALAM KENAK----------------KENAPA DENG------------------SAYANG GILAK--------------SANGAT PAKEY--------------UNTUK ABU-ABU--------------HANGAT2 dah tau???? ok jom kite belajar wat ayat pulak ye.....LAYAN.... kamek sik tau banyak gilak bahasa tok....kelak pandei lah kamek kelaka sarawak bila pulang sia..mun sik pandei kelaka sarawak kamek kelak mauk belajar dengan sidak2 di sitok..mun ade salah ajar kamek minta mangap hahaha.. mesti korang pelik menyebutnye kan hehe....bahasa sarawak ni kene sebut sekali dengan rentak dan lagu nye....kalau tanpa rentak yang betul nanti jadi macam orang asli tau...marah pulak orang2 sarawak nanti......... ok lah tu saje pelajaran kite untuk hari ini... YANG PENTING KITE ENJOY ! ! ! ! ! ! !
Friday, July 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment