Memang agak terlambat nak post story pasal ni..tapi nak jugak story supaya story dalam blog ni tak tergantung begitu sahaja.
Cerita nya bermula di sini
Episod 1
After wedding selesai itu dan ini husband and i berpindah lah duduk di putrajaya (act husband i yang berpindah masuk kuarters yang dah sememang nya didiami oleh i bfore married lagi.).Bermula lah kehidupan kami berdua sebagai suami dan isteri. Memang seronok hidup berumah tangga everything dikongsikan bersama. Honeymoon all the time and everyday. Alhamdulillah berkat perkenalan kami 9 tahun sebelum berkahwin menyebabkan kami mengenali satu sama lain. Jadi tak susah untuk i paham dia dan dia paham i.
Nak diringkas kan cerita hidup kami asyik terseyum aje.Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah mengetemukan kamu berdua dan bersatu dengan ikatan perkahwinan yang suci. Semoga ikatan ini tetap kukuh dan utuh sehingga ke akhir hayat kami..amin.
Pic h.moon semporna island |
Episod 2
5 minggu kemudian i disahkan hamil. Betapa gumbira hati tak terucap. Hanya kata syukur ku panjang kan di atas kebesaran Ilahi. Alhamdulillah Kau perkenan kan doa kami. Kini di dalam perutku ada seorang insan bernyawa yang sangat comel. Bagaikan tak percaya. Terharu sehingga menitiskan air mata. Hari-hari melihat kalendar tak sabar menantikan saat kelahiran si kecil yang di jangkakan 24 Oktober 2011.Pada 9 minggu kehamilan pertama kali i and husband melihat denyutan jantung si kecil kami. Sekali lagi menitis air mata. Ya Allah periharalah si kecilku dan beri lah aku kekuatan untuk mengandung dan melahirkan seorang lagi khalifahMU.
Segala persiapan fizikal dan mental harus disediakan. Husband melayan si preggy bagaikan sang puteri. Alangkah bertuah nya! Saat mengandung memang seronok. And yang i paling tak boleh lupa, i sangat loya bila i bau kuali. (kuali ada bau ke?) haahaa..tapi itu la hakikat nye.Dan yang paling buatkan husband i tak boleh lupa bila i mengidam nak makan KFC..haaa tapi i nak KFC yang di serve guna pinggan SAHAJA. (now byk restoran KFC serve pakai box je kan. Sungguh ngada-ngada kan? hehe..
preggy 5 mths |
Pada 27 minggu kehamilan. Dengan perasaan excited i pergi buat details scan di sebuah klinik swasta. (nyesal g sini) Doktor scan all part of my baby everything ok but...doktor kata di ventrikal si kecil kami terdapat lebihan cecair kerana ukuran di ventrikal sebelah kanan lebih besar berbanding ventrikal di sebelah kiri. What?? i terpinga-pinga tak tahu apakah itu satu masalah? perasaan ketika itu sangat sedih. Hati mula runsing. Mula google mencari jawapan kepada persoalan itu. Menurut hasil google lebihan cecair di ventrikal boleh menyebabkan kecacatan (kepala membesar) Ya Allah jauhkan lah si kecilkan dari segala penyakit..Setiap hari ku panjatkan doa buat Illahi..Setiap hari ku baca kan surah Yassin buat si kecil. Husband setiap hati menenangkan i n pujuk supaya tak fikir yang bukan-bukan.
Dengan surat yg diberikan oleh doktor tersebut, kami bawa n tunjukkan pada doktor pakar putrajaya. Sekali lagi doktor tak dapat pastikan apakah masalah yang sebenar dan membuat satu temujanji dengan doktor pakar Baskaran di HKL. Sepanjang menunggu tarikh temujanji perasaan i tak tenang. Selama itulah i menangis setiap malam. Akhirnya seperti tarikh yang di tetapkan. Kami buat details scan sekali lagi dengan doktor Baskaran . Segala keputusan adalah normal..saiz ventrikal adalah sama kiri dan kanan.Akhirnya segala persoalan terjawab. Doktor swasta tu tersalah measure meyebabkan saiz besar sebelah. Ya Allah sekali lagi Kau telah perkenankan doa kami. Alhamdulillah
scan 27 minggu.hidung mancung hehe |
scan 20 minggu |
Gambar scan details takde plak dalam pc ni..yang ade scan 2D ni je..ok la tu kan.
Episod 3
Check up seperti biasa pada 37 minggu kehamilan. Terkena pulak dengan doktor pakar En Azmi di hospital Putrajaya. Doktor kata "awak tak rasa sakit ke masa berjalan? saya tengok ok je?" i jawab " tak sakit la doktor, kenapa?" doktor terus suruh i baring untuk di scan. Sedang scan tu doktor tertonyoh2 my tummy (risau gak si kecil tak sakit ke?) rupa-rupa nye patut lah susah doktor nak cari kepala si kecil. .kepala nya masih belom enggage patut la i tak sakit lagi..then terus i di masukkan ke wad..di pantau sehingga 38 minggu..tak jugak engage. Doktor kate kalau still tak engage terpaksa operate coz risiko takut tali pusat terkeluar dulu. Puas dah i panggil bidan betul kan. tapi tak jugak pusing..puas jugak i bercakap ngan baby tapi tak nak jugak bby pusing. Akhirnya sebelum 40 minggu i dah pon di seret masuk ke dalam bilik bedah. Sangat2 sedih.. so jangan di tanya ke napa doktor taknak tggu 40 minggu atau tggu due..i pon tak faham..geram pon ada..tapi apa pon i bersyukur semua nya selamat..45 minit dalam bilik operation akhirnya terdengar jeritan (bukan tangisan) si kecil kami. Keluar dari bilik bedah husband peluk cium i n letakkan baby di sisi hilang segala kesakitan.
sehari baru di dunia |
MUHAMMAD ADILLAH IRFAN BIN ISNAWAWI |
hari ke empat |
Bersyukur si kecil kami lahir dengan sihat dan sempurna. Wajah comel ini lah yang buatkan hidup kami suami isteri lebih bahagia dan ceria. Kini irfan dah pon 9 bulan. Cepat sungguh masa berlalu.
TO BE CONTINUED!!!