BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 27, 2011

sapa ambil Bunting and frame centerpieces saya??

Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Dimana frame centerpieces kesayanganku n bunting kesayangan ku telah hilang di ambil org!!!

ADUHAI kasihan...

Adakah kerana Frame Centerpieces ku terlalu unik??

Adakah kerana Frame centerpieces ku itu tidak terdapat di mana2 kedai untuk dijual???

Adakah kerana yang mengambil nya terlalu fanatik @ ada niat tak baik??
Antara frame yg tinggal..Peminat my frame centerpieces..


Adakah kerana Bunting kesayanganku itu sangat cantik?? 

Adakah kerana bunting itu tidak sesuai diletakkan ditepi jalan kerana mengganggu lalu lintas
menyebabkan ia di ambil orang???
Bunting yang hilang bersaiz 5 x 3 kaki..nasib bunting gambo yg sama ada 2
ADUHAI BUNTING and FRAME CENTErPIECES AKU!!!

Tapi dun worry la..i halalkan sape yang ambil..sebagai hadiah kerana sudi datang majlis i ni
i tak simpan perasaan marah pon sebab??

  • Orang yang ambil tu mesti terdiri dari tetamu i sendiri
  • Or maybe orang yang ambil tu datang lewat n majlis dah tutup so bunting di sebat aje la. (berbaloi kot dari jauh datang)
  • maybe beliau terlalu teruja dengan hiasan meja n bunting itu.

So i takkan simpan dalam hati cuma i nak sangat tahu sapa orang nya hehe i nak ucap terima kasih coz suka dengan idea2 i ni :) TQ TQ

Akad Nikah : Part 1

Majlis akad nikah pada 21 Januari 2011 berjalan seperti apa yang dirancang.

Yang bestnya majlis sepatutnya bermula selepas solat isyak, tapi rombongan pengantin lelaki datang awl sebelum isyak. PENGANTIN PEREMPUAN BELOM SIAP LAGI hahaha
 
Maybe kerana PENGANTIN LELAKI sangat tak sabar?? Adakah kerana PENGANTIN LELAKI sangat excited??? 

Tapi kalau difikir2 memang patut n bernasib baik rombongan tiba awal daripada tok imam kan.

Kesimpulan nya yang i sangat berpuas hati:
  • Pelamin mini i sangat cantik seperti mana yang i nak
  • Hiasan bilik tidur yang sangat cantik English Style
  • Veil nikah i sangat cantik n simple.
  • make up nikah yang bersahaja
  • pengapit i pakai baju ikut tema
  • Umi i masak sangat sedap
  • Kawan i ramai datang, meneman kan i yang berdebar2 ketika itu
  • and yang paling i suke??? Pengantin lelaki yang sangat kacak malam tu :)
 Nanti i sambung lagi pasal majlis nikah lengkap dengan picture sekali ok...

1 je dulu k



 

Dia terima nikahnya sudah..Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah majlis kami selesai seperti apa yang di rancang.

Perasaan sangat happy bila dah selesai segalanya. hanya tinggal

majlis bertandang di sebelah lelaki.

MR.TUNANG VS MR.HUBBY

Dengan sekali lafaz dia terima nikahnya, JUMAAT,21 JANUARI 2011


Nantikan huraian lanjut majlis kami nanti

Friday, January 14, 2011

Debaran Menunggu Baju Sandingku

Dup Dap Dup Dap Dup Dap

Begitu lah perasaan yang hendak digambarkan ketika ini sementara 

menunggu saat untuk 1st fitting baju sandingku tersayang...

Aduhai bagaimanakah rupa dikau wahai si baju sandingku??

Cantikkah dikau??

Sama tak dengan apa yang i nak kan??

Adakah dikau menjadi seperti baju idaman ku??

Semua itu bakal terjawab pada hari ahad ini 16 Jan 2011..


TUNGGU WEDDING KAMI 7 HARI LAGI!!


Genap seminggu sahaja lagi

OMG!!

Hari ni 14hb Januari kan???

Ini bermakna genap seminggu sahaja lagi...

Tapi mood kenapa semakin malas untuk menyemak checklist?? adakah semua sudah beres??

Jawapabnye : Belum beres lagi...

masih ada yang perlu dicari..tapi semua tu tunggu minggu depan..

SO PLAN FOR TOMORROW??

  • Balik umah tengok doorgift yg half siap
  • Facial petang esok
  • Ahad pergi fitting baju
 Apakah perasaan anda setelah tinggal 7 hari sahaja lagi???

Jawapannya: Perasaan masih tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata
ohhh biar betul??
 
TUNGGU WEDDING KAMI 7 HARI LAGI!!

Thursday, January 13, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran Abah


 Ini lah wajah My Hero, My Boyfriend, My Lovely Papa, My Sweetheart, My Abah n my everything

1st, i nak wish HAPPY BIRTHDAY to my Abah
"Today 13 Jan"

Orang Cayang Abah Forever and Ever!!

For me, abah adalah seorang abah yang terbaik diantara yang terbaik.

Abah seorang yang penyanyang!! Walaupun orang kata
muka abah nampak garang..

Dalam Usia abah yang semakin meningkat hari ni..kami semua sentiasa 
senyum...ketawa..

"" Di mana kan ku cari ganti...Serupa denganmu...""



 Dari pagi tadi i kol abah tapi abah tak jawab..So kol hp umi ..umi kata abah kat belakang rumah ngah kemas Stor...i pon suruh umi je sampai kan ucapan selamat hari jadi kat abah



Nak jugak selitkan cerita tentang majlis kahwin kan..(maklumlah mood kahwin ni)

Masa majlis akad nanti mesti lah abah akan jadi antara orang yang paling penting..
"WALI"

Bukan Wali Band ok..

Ni Wali yang merupakan syarat sah nikah..Tak de wali so tak leh kawen k..

Tak lama je lagi abah akan pindahkan tanggungjawab membela, mengasuh, mendidik, anak nya 
ini pada Mr Tunang...

Rasa-rasanya kan...mungkinkah akan mengalir airmata ini tatkala lafaz "aku terima nikah nya"??
ohoooo tak dapat nak bayangkan lagi..


so 

TUNGGU WEDDING KAMI 8 HARI LAGI!!

Monday, January 10, 2011

Mood si Bride to be

NEVES??


RUNSING??


BIMBANG??


GELABAH??


CUAK??

Hey!! i  nak kahwin la...bukan nak pergi berperang!!!
Pergi berambus la semua perasaan tu!!!



MOOD HAPPY  Yeay!!!!

(motivasi kan diri supaya lebih bertenang kerana saat itu semakin hampir)



TUNGGU WEDDING KAMI 11 HARI LAGI!!

Cerita telur dan majlis kahwin

Google images
Alahai comel nye si anak ayam!

I bukan nak story pasal ayam tapi pasal telur ayam yang cukup sinonim dengan majlis
perkahwinan.

Kalau dulu asal pergi majlis kahwin je sure kite semua akan bawa balik
telur ayam seketul seorang.

Tapi sekarang, tak ramai tuan rumah akan sediakan telur ayam sebagai buah tangan
untuk tetamu.

Tapi kenapa??? Bukan kah itu adat resam budaya kita setiap kali majlis perkahwinan??
Haaa jangan tak tahu ye..bunga telur yang menjadi cenderamata yang simbolik dalam suatu majlis perkahwinan.

Telur sipilih sebagai lambang kesuburan. Sesuai sangat la dengan pasangan yang baru mendirikan 
rumahtangga dan mengharapkan mendapat zuriat.

Zaman sekarang ramai yang memilih untuk memberikan cenderamata lain seperti
Coklat, Muffin, Bahulu,Gula-gula sebagai ganti telur.
dengan alasan??
  • Tak reti nak rebus telur supaya tak pecah (takut membazir)
  • Leceh dan mengambil masa yang lama nak tunggu masak.
Apa pun alasan,kalau boleh adat resam orang melayu jangan dilupakan. 

Paling tidak pon jadikan lah telur sebagai buah tangan yang di letak di bunga pahar
Google image
Setidak tidak nya ada la jugak daripada tak de langsung kan..

Back to my wedding...

Pada mulanya memang i pon nak bagi coklat je..
Tapi bile bagi umi i tengok bunga telur yang i beli tu (asalnya nak letak coklat dlm kain net tu)
dia kata ni kalau letak tekur memang lagi cantik!!

Lagipon bila di fikir balik...agak tidak sesuai bila guest yang datang tu
terdiri daripada golongan yang berpangkat.
Nampak macam terlalu simple kot buah tangan nya..

so..

TUNGGU WEDDING KAMI 11 HARI LAGI!!



Tips untuk pengantin lelaki ketika majlis nikah

Majlis nikah adalah majlis yang lebih penting berbanding dengan majlis resepsi. Dan majlis nikah juga merupakan majlis yang paling membuatkan pengantin tak senang duduk. Terutama sekali pengantin lelaki lah.Ada yang sampai tak lalu nak makan kot. Dan tak kurang pula yang kerap ke toilet. Punye lah takut..

Macam mana lah Mr Tunang nanti kan?? hmmm hopefully everything berjalan lancar..i yang lebih neves kot berbanding dia. Kadang-kadang i test jugak die dengan soalan-soalan yang bakal tok kadi tanya. (guna soalan-soalan yg tok kadi tanye masa nikah my sis dulu). Sekarang memang la lancar je keluar dari mulut Mr Tunang. Tapi dek kerana GEMENTAR DAN GUGUP boleh jadi semua jawapan yang nak dijawab tak keluar dari mulut..wahhh minta jauh la..

So dengan adanya tips ini di harap dapat membantu semua pengantin lelaki termasuk Mr Tunang untuk mengharungi detik itu dengan mudah..

1. Yakin diri.
  • Pengantin lelaki haruslah yakin pada diri bahawa dia sudah membuat pilihan yang tepat untuk berumah tangga dengan gadis pilihan yang mendapat restu dari keluarga.Yakin dapat menjalankan tanggungjawab yang bakal dipikul nanti.
2. Bersedia
  • Bersedia untuk diijabkabulkan. Jika perlu sehari sebelum majlis nikah berlangsung, pengantin lelaki boleh la cuba soal jawab seperti tok kadi buat tu terutama nya soalan berkaitan solat dan rukun nikah.Bila dah bersedia baru lah pengantin lelaki kelihatan tenang untuk menjawab soalan yang di tanya tok imam nanti. Jangan sampai tok imam tanya lain, lain plak yang di jawap nya.
3. Sentiasa senyum
  • Senyum juga penting sebagai motivasi diri untuk berasa yakin. Dengan senyuman yang diukir dibibir pengantin, akan menunjukkan bahawa pengantin telah bersedia dan tak nampak gugup. Padahal dalam hati ribut taufan sedang melanda tapi tetap dapat disembunyikan.
4. Jangan bermain2 tangan
  • Agak pelik bunyi nya tapi i rasa reader paham kot tabiat org yang sedang gelabah?? ala...yang uli-uli tangan macam nak buat doh tu. Haaa kan ke nampak sangat sedang gelabah..Relaks je la..lebih baik duduk bersila dengan lengan di letakkan di atas lutut kan nampak relaks.
Tu jela kot pendapat yg dapat i kongsi. Cakap memang senang kan, coz bukan i yg rasa nanti. 
Hope Mr Tunang dapat mengharungi saat itu dengan mudah. I'allah..

TUNGGU WEDDING KAMI 11 HARI LAGI!!

Friday, January 7, 2011

apa akan jadi pada status BUJANG??

Tahun berganti tahun

Bulan berganti bulan

Minggu berganti minggu

Hari berganti hari

Akhirnya hanya tinggal 14 hari sahaja lagi bergelar bujang..selepas LAFAZ itu segalanya akan berubah..

google search

ADAKAH B2B INI SUDAH BERSEDIA??

Persoalan ini tidak mampu dijawab buat masa ini.

ADAKAH B2B INI TELAH MEMBUAT PERSIAPAN 100%??

Jawapan untuk soalan ini : Mana boleh kate 100% selagi tak selesai majlis.

APAKAH YANG MASIH DALAM CHECKLIST??

Jawapan: Antaranya adalah, 
  • 2nd payment OP( today)
  • Ukur dewan (9/01/11)
  • Fitting baju sanding (16/01/11)
  • Hantar balang sireh junjung (16/01/11)
  • Beli Handbag Umi
  • Discuss dengan Ms.Pengapit
  • Henna
  • Amek Cadar
  • Beli Gula-gula goodies
  • Beli Telur
  • Kemas beg
  • Spa/Facial
TUNGGU WEDDING KAMI 14 HARI LAGI!!

::Happy Birthday To You::

google search
Ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-26 untuk Mr Tunang..

Wahhh dah semakin tua dia

Semalam i just wish aje kat Mr Tunang

Mr Tunang tanya mana hadiah abg??

I jawab hadiah tunggu 21 Jan la..i bagi 7 dulang hadiah.

Nanti on my birthday plak 21 Jan, i tanya mana hadiah b??

Sure Mr Tunang jawab haaa ni kan hadiah b, 9 dulang abang bagi :)

Takpe la..janji kami bersyukur kerana masih bernafas dan tercapai hajat untuk

diijab kabul pada tarikh Ulangtahun Kelahiran i nanti.

Google search
Haaaaa ni b bagi hadiah k..cantik kan siap ngan belon2...:)

google search
Ok masa untuk tiup belon..eh jap jap..

Jom la nyanyi dulu...

Happy besday to u...

Happy besday to u...

Happy besday to Mr Tunang...

Happy Besday to u..

Haaa sekarang boleh tiup..

Memang takde yang surprise untuk besday Mr Tunang kali ni...coz kami sibuk dengan persiapan yang tinggal lagi 14 hari.

Sorry dear...

Thursday, January 6, 2011

pengapit oh pengapit

Pengapit memang sangat penting..

pengapit macam org kuat majlis jugak (bukan macam,,,memang kuat pon)

Penting pengapit ada waktu majlis sanding..

penting jugak untuk majlis nikah..

Macam i yang vervous kuat ni, semesti nya i nak pengapit i ada di sebelah

sewaktu nikah nanti

(Wahh pengapit i dapat interprem atas pelamin nikah)

Nanti kalau i neves i akan pegang tangan pengapit i kuat2.

Nanti kalau i terharu setelah lafaz " Aku terima nikahnya Wan Salfaizura bt Wan Hamat dengan..."

dan selepas akui sah ! Sah! sah!

Pengapit i juga yang akan ready bagi tisu or lap kan peluh i.

Pengapit i juga akan jadi orang perantara jika i perlukan apa-apa di saat atas pelamin

(Selain pengapit..i nak bonda kesayangan i pon ade disebelah)

Kalau di majlis sanding pulak...

pengapit la yang akan pimpin tangan supaya tak terpelecok tatkala memakai 

dress labuh2 n kasut tinggi..

Dia jugak yang akan kipas kan i nanti

Dia jugak yang akan lucutkan veil i kalau tersangkut!!!

Segalanya lah...

So i sangat sayang bakal pengapit i tu

hari ni 06/01/2011 dia awal2 pagi dah post kat wall facebook i yang 

cuti half day 21 jan 2011 dan cuti 22 jan 2011 telah approved demi i..

kita patut sayang pengapit kita...

YOU CAN DO IT JAJA!!

But yang majlis sebelah temerloh pulak?? 

huhhh masih buntu siapakah gerangan pengapit kami..

TUNGGU WEDDING KAMI 15 HARI LAGI!!

Idea Bilik Tidur Pengantin

Masa yang ada dah terlalu singkat...hari ni 06/01/2011 my vendor pelamin dah mula bertanya kan apakah konsep atau tema yang kami nak untuk hiasan bilik tidur. Ohh agak terdiam sekejap coz memang i tak terfikir tentang konsep apa untuk bilik tidur kami nanti..

I yang dah panik tak tau nak bagitahu konsep apa ni terus la menelefon my vendor. I bagitahu yang i akan gunakan cadar gold color. And memang nak serahkan 100% idea pada my vendor ni.

Terus my vendor cakap yang die nak buat English Style nye design. Wah cepat betul idea die keluar. Maybe idea ni dah memang ada dalam kepala die. 
sumber google image...Cantik..sgt romantik kan??
So tak payah pening-pening terus je setuju dan search google untuk tengok koleksi bilik tidur english style supaya dapat gambaran.
Sumber google image

Kami tak kisah janji dapat tidur dengan damainye sudah la kan?? hehe tetttt...

APA YANG PENTING?? haaa kena lah sentiasa percaya pada kemampuan vendor kita. Sesekali gunalah idea yang datang dari vendor kita kerana itu lebih baik dari ikut idea kite yang akhirnya jadi entah apa-apa...BETUL tak??
sumber google image
So kesimpulannya i sgt percaya yang vendor i mampu buat sebaik mungkin..apa-apa pon kite tunggu hasilnya di majlis kami nanti k..ok reader mata i sudah ngantuk..nak tidur atas katil yang cantik tu rase nye heheh

TUNGGU WEDDING KAMI 15 HARI LAGI!!

Excited! Guest Book Sudah Ready

 
Yeay my guest book yang comel sudah ready untuk digunakan!
Cuma menunggu masanya sahaja...
Maka tidak berapa lama lagi guest book ku bakal dilayak oleh tetamu2 yang hadir.
Tapi aku redha..dah memang itu lah hakikat yang bakal terjadi.

Fungsi Guest Book Kami? :-
  • Mencatat kan Cerita Tentang Kami.
  • Memberi peluang kepada guest yang hadir untuk mencoret ucapan untuk kami
  • Supaya mudah untuk menyimpan ucapan guest sebagai kenangan sampai bila-bila..
                   (kalau tetamu hanya tulis ucapan pada kad hadiah mudah hilang dan susah nak simpan)
  • Untuk diletakkan di atas meja Buku Tetamu disertakan hiasan yang comel. 
 p/s: u all yang hadir jangan lupe untuk mencoret ucapan k..buat kreatif2 bg cantik Guest book i

OK TUNGGU WEDDING KAMI LAGI 15 HARI LAGI!!

Talk about centerpieces??

Antara benda yang i DIY seperti yang i story kat entry sebelum nye iatu centerpieces!!

Ohh sangat teruja apabila my cute centerpieces telah siap sepenuh nya dan hanya tunggu masa untuk diletakkan di atas meja tetamu...SANGAT BANGGA BILA :-

  • I yang cari idea n reka design for my centerpieces.
  • Bekerja keras untuk mencari semua peralatan untuk menjadi kan ia suatu kenyataan
  • Mr.Tunang usaha keras mencari orang untuk buat macam ape yang i inginkan (tripod tu je)
  • Mr.Tunang 100% setuju dengan idea itu!
Antara barang-barang yang digunakan:-

  • Gelas kaca tinggi
  • Bunga bertangkai tinggi
  • Batu2 halus
Untuk jadikan ini suatu yang comel macam ini :-

sumber google
Dan..:-

  • Kayu
  • Skru
  • Pengilat Kayu
  • Gambar
Untuk jadikan sesuatu yang comel seperti ini :-
sumber google
Something like this but i tak boleh la show kat cni bcoz belum masanya...tak surprise la nanti..

TUNGGU WEDDING KAMI 15 HARI LAGI!!