BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 10, 2011

Tips untuk pengantin lelaki ketika majlis nikah

Majlis nikah adalah majlis yang lebih penting berbanding dengan majlis resepsi. Dan majlis nikah juga merupakan majlis yang paling membuatkan pengantin tak senang duduk. Terutama sekali pengantin lelaki lah.Ada yang sampai tak lalu nak makan kot. Dan tak kurang pula yang kerap ke toilet. Punye lah takut..

Macam mana lah Mr Tunang nanti kan?? hmmm hopefully everything berjalan lancar..i yang lebih neves kot berbanding dia. Kadang-kadang i test jugak die dengan soalan-soalan yang bakal tok kadi tanya. (guna soalan-soalan yg tok kadi tanye masa nikah my sis dulu). Sekarang memang la lancar je keluar dari mulut Mr Tunang. Tapi dek kerana GEMENTAR DAN GUGUP boleh jadi semua jawapan yang nak dijawab tak keluar dari mulut..wahhh minta jauh la..

So dengan adanya tips ini di harap dapat membantu semua pengantin lelaki termasuk Mr Tunang untuk mengharungi detik itu dengan mudah..

1. Yakin diri.
  • Pengantin lelaki haruslah yakin pada diri bahawa dia sudah membuat pilihan yang tepat untuk berumah tangga dengan gadis pilihan yang mendapat restu dari keluarga.Yakin dapat menjalankan tanggungjawab yang bakal dipikul nanti.
2. Bersedia
  • Bersedia untuk diijabkabulkan. Jika perlu sehari sebelum majlis nikah berlangsung, pengantin lelaki boleh la cuba soal jawab seperti tok kadi buat tu terutama nya soalan berkaitan solat dan rukun nikah.Bila dah bersedia baru lah pengantin lelaki kelihatan tenang untuk menjawab soalan yang di tanya tok imam nanti. Jangan sampai tok imam tanya lain, lain plak yang di jawap nya.
3. Sentiasa senyum
  • Senyum juga penting sebagai motivasi diri untuk berasa yakin. Dengan senyuman yang diukir dibibir pengantin, akan menunjukkan bahawa pengantin telah bersedia dan tak nampak gugup. Padahal dalam hati ribut taufan sedang melanda tapi tetap dapat disembunyikan.
4. Jangan bermain2 tangan
  • Agak pelik bunyi nya tapi i rasa reader paham kot tabiat org yang sedang gelabah?? ala...yang uli-uli tangan macam nak buat doh tu. Haaa kan ke nampak sangat sedang gelabah..Relaks je la..lebih baik duduk bersila dengan lengan di letakkan di atas lutut kan nampak relaks.
Tu jela kot pendapat yg dapat i kongsi. Cakap memang senang kan, coz bukan i yg rasa nanti. 
Hope Mr Tunang dapat mengharungi saat itu dengan mudah. I'allah..

TUNGGU WEDDING KAMI 11 HARI LAGI!!

4 comments:

WillBemrs said...

tips yg berguna...tq for sharing..!

salfaizura said...

yeah sharing is caring kan.. :)

wawa yusoff said...

zura : bace balik tips yg part main uli2 tgn tu. Ada ayat peli. "duduk bersial" hahah. Duduk bersila la zura... Nampak sgt cuak nye ni :)

salfaizura said...

haha wawa..tq wawa..sib baik wawa tegur..klu tak gak nye kene balik selipar la org..hehe cuak la kot