BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 14, 2010

Panduan Guest Listing

Sekarang kad dah siap. I pening pulak pasal bagaimana nak agihkan kad yang banyak ni?? haaa planning nak buat guest listing memang dah lama tapi tak menjadi lagi..so fikir punye fikir baru i dapat idea bagaimana nak buat guest listing supaya mudah dan supaya tidak ada yang tertinggal.

I akan bahagikan ikut kategori:-


Pertama : Kawan sekolah tadika
Yang ni i akan letakkan nama member-member yang i kenal masa sekolah tadika lagi..and make sure member-member tu still cntact or u all kene cari la cntact . Macam i, member sekolah tadika ade la dalam 5 orang je kot yang akan i invite coz yang lain i dah tak ingat..

Kedua: Kawan or Cikgu sekolah rendah
I sekolah Di Sekolah Kebangsaan Kuang. So member yang akan i invite adalah member yang dari darjah 1 hingga darjah 6. Tapi itupon kalau still cntact or ada dalam FB or yang senang di cari.

Ketiga: Kawan sekolah menengah
Haa yang ini senang sikit coz rasa macam baru je habis sekolah kan..so member2 tu ada lagi cntact fon and cntact FB..sgt senang la nak invite. Ada yang masih rapat sampai ke hari ni on ada.

Keempat: Kawan Kolej
Buat pengetahuan u all. Lepas SPM (sebelum masuk Poli) i penah study kat KOlej Yayasan Melaka. So kawan2 ni pon kene masuk dalam list. And yang bertuahnye kawan2 masa di kolej ni i masih rapat sampai sekarang..

Kelima : Kawan Politeknik
I nak ajak semua member-member yang i kenal masa di Politeknik Sultan AZlan Shah. Tak kira diorang sekelas or tidak. Janji yang i kenal masa tu. List ni termasuk lah lecture-lecture kesayangan

Keenam: Tempat Latihan Industri
Masa latihan industri i memilih Majlis Amanah Rakyat KL . Masa Li kat sini i dilayan sgt baik dan buatkan i sangat sayang ngan kawan2 di sini. So ofcoz la i akan jemput semua kat department tu untuk dtg ke wedding i yang sememangnye dinanti2 kan oleh mereka.

Ketujuh: Waterco Far East
Selepas i tamat Politeknik i bekerja semntara di sini. Kawan-kawan di sini pon sgt menunggu2 wedding kami.

Kelapan: Kawan-kawan Universiti Malaya
I akan invite budak2 kelas i masa di UM ni..sangat seronok bl teringat ken kenangan masa study bersama mereka..ofcoz mereka tidak akan ketinggalan untuk mendapat kad kawen i ni.

kesembilan: Kawan-kawan di Jabatan Audit Negara
Yang ini paling senang. Hari-hari pergi kerja kan..so i akan invite yang ofis sekarang and tidak ketinggalan jabatan audit negara cawangan sarawak.Coz setahun i berkhidmat di sana. Kategori ni termasuk kenalan masa kursus induksi.

Kesepuluh: Lain-lain
Kategori yang ini adalah kategori bebas. Kawan-kawan di sini merupakan kenalan i masa di mana-mana sahaja contoh nye di tempat kursus kawen, di tempat belajar kereta, di bank, di pasar malam or di mana2 saja lah. Maklumlah i ni jenis yg peramah so ramai la yg i kenal hehe..tapi make sure mereka masih cntact la k.

Ini adalah guest list daripada i je. Yang mother n father i punye terpulang lah pada mereka untuk mnjemput..

0 comments: