BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 25, 2010

HIV Test

 Entry kali ni i nak cuba share ngan all Bride 2 Be sedikit sebanyak panduan dan prosedur untuk menyempunakan seperkara lagi perkara wajib yang perlu ada sebelum u all bergelar husband and wife...PENTING ok!! tak de HIV test u all tak boleh kahwin...(entry ni adalah berdasarkan pengalaman i sendiri yang baru je selesai HIV test ni pada 24 September baru-baru ni)

Pertama : Lebih kurang sebulan yang lalu i search google untuk dapatkan nombor telefon klinik kesihatan yang berdekatan. Memandangkan i tinggal di Putrajaya so klinik kesihatan terdekat adalah di Klinik Kesihatan Kerajaan Presint 9. (HIV test ni hanya sah dilakukan di klinik kesihatan kerajaan je tau) and yang paling penting ianya hanya sah dalam tempoh 6 bulan sebelum akad nikah.

Kedua: Telefon klinik kesihatan untuk buat temujanji. Tapi sepatutnya temujanji dibuat dengan pergi ke klinik kesihatan dan amek nombor temujanji. So date temujanji kami pada 24 September 2010 jam 8.00 a.m

Ketiga: Sehari sebelum hari temujanji (23 September 2010) kami ke klinik kesihatan untuk mendapatkan borang permohonan HIV test yang perlu disediakan sebanyak 3 salinan. 

Keempat: Tiba lah hari temujanji. Kami telah tiba di Klinik kesihatan seawal 7.15 pagi coz takut orang ramai. Tapi malang nya seawal tu dah ramai org. So nombor giliran kami 191 & 192..huhhhh agak lama jugak la tunggu giliran untuk mendaftar...walaupon kami dah buat temujanji tapi still jugak kena ambil nombor giliran..

Kelima: Selesai mendaftar kami di arahkan ke Bilik 2 untuk sesi kaunseling. Disini pon agak lama jugak tunggu giliran..tapi ok la..coz tak bape ramai yang datang untuk HIV test..maybe coz dihadkan untuk beberapa org sahaja..tiba giliran kami...kami masuk berdua..kaunseling ni tak lama pon..hanya beberapa minit je..perkara yang diperkatakan adalah pengenalan HIV sahaja..

Keenam: Selesai kaunseling kami segera ke makmal untuk diambil darah.. (TAKUT!!!!)....darah pon diambil sebanyak setitik sahaja...

Ketujuh: Tibalah masa menunggu result ujian ini...jika -VE maka boleh la berkahwin..jika +VE??? haaaa terserah la pada u all untuk membuat keputusan... SO RESULT KAMI???? alhamdulillah syukur.... -VE HIV...YES! BOLEH KAHWIN!!..keputusan ni akan dibaca oleh doktor..masa nak ambil keputusan ni i rasa better u all masuk berpasangan..biarlah kite jujur pada pasangan kite...keputusan ujian ni tak boleh la dirahsiakan kepada pasangan kite even hal ni p&c coz ni melibatkan masa depan...

Syukur sangat setakat ni Allah telah permudahkan segala urusan kami...Alhamdulillah..



0 comments: