BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 26, 2009

ULAT DALAM AYAM

petang yang sungguh membuatkan diri ku penat.....kerja tak banyak cume diri ku yang tak berapa nak sihat....balik kene plak masak untuk berbuke..huhu MALAS NAK MASAK!! Beli nasi kerabu....sodap jugak...(uncle samuel yg pick up kami dari opis tu sgt2 baik sanggup tggu kami beli belah di tepi jalan) sampai di rumah..housemate i yg tak balik sekali ngan kami kate dah beli lauk...wah! BERBUNGA BUNGA HATI KAMI BILE TENGOK AYAM GOLEK....nyam2 mmg nampak menyelerakan... azan pon berbunyi tepat jam 6.47 p.m.....dengan berkobar2 housemate ku yg lain membuka nasi kerabu dan terus mencapai ayam golek yang telah di potong2 tu...i pon amek ayam tu tapi tergerak hati untuk tidak mencampurkan ke dalam nasi kerabu... ayam2 itu SODAP di papah oleh kami.... al kisah...........UWEKS!!!!! Bibiey terus muntah n terludah di ats murtabak yang baru sikit disentuh...aduhai kenapa plak minah ni... and....i pandang betul2 kat pinggan bibiey...HAAAAHHH!!!!!! ade binatang yg sedang TERJOGET...bcoz of that la bibiey termuntah...ade ulat sampai KELUAR DARI TULANG2 AYAM die.... pic ni saje je...ni ulat sagu...mmg boleh makan...ulat dalam ayam tu i tak sempat nak snap bibiey dah campak dalam tong sampah huahuahua....bile kutelek upe2nye ulat itu berlambak diatas ayam yang dah tggl beberapa ketul dalam pinggan.... ADUHAI nasib kami di perantauan...... HAsilnye bibiey sakit perut hari ni..tpi kami yang lain kelihatan sudah biasa memakan ulat tersebut...haha SEDIH WEY.....

Thursday, August 20, 2009

SELamT MenYambuT RamAdhan

ASSALAMUALAIKUM WBT..... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA...... JANGAN CURI2 makan ..... JANGAN curi tulang waktu KEJA ..... JANGAN BUAT benda tak elok...... JANGAN ASIK tido ...... JANGAN ASIK marah BANYAK2 LA BERSABAR...... MESTILAH SENTIASA bersedekah ......... BYE2........... Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa Umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan Hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada ) * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun Dan maaf jika saya Ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT. Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :- 1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari) 2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138) 3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18) Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477) 4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam. 5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya. 6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari) 8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanproduktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. 9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291) 10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278) 11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid. 12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain. Nabi Muhammad menceritakan :- Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih) Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri. 13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih) ******************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************** Renung-renungkan & Selamat beramal Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu... _,___ SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA  MOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA SALAH DAN SILAP YANG DILAKUKAN TERHADAP KAWAN-KAWAN SEMUA…

Tuesday, August 11, 2009

:::BoWLinG TouRnamEnt 10 PiN:::

seperti yang di janji kan...... Haa selesai lah sudah PERTANDINGAN BOWLING 10 PIN JABATAN AUDIT NEGARA CAWANGAN KUCHING..fuh cukup2 meriah..maybe coz team i memakai baju merah yang menunjukkan SEMANGAT!!! haha Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Audit Negara Cawangan Kuching, Tuan Khalid Khan yang handsome lagi bergaya...beliau merasmikan majlis dengan membaling bola bowling...dan...ALAMAK!!! hampir2 ke longkang...tapi tak pe yang penting semangat! tapi yang PALING BEST NYE haa nak tau ape yang terjadi??? piala ini menjadi milik team kami...hoho tak di sangka dapat naib johan...best weyh bagga sekejap yang lagi membangga kan i lagi...mase 2nd game i dapat player terbaik wanita tau...terkejut jugak mase keputusan tu diumumkan...but...final game akhirnye i kecundang untuk menjadi the best player category wanita..huhu pe pon u all layan la gambo2 ni k... ni my team dari kiri my boss Pn Siti Eishah (PPAN),me, En Adam and mR.Chong yang sporting2 belaka..en adam la yg beriya suruh kami pakai bj merah..coz tu la menang..merah ade umph! bergambo kengan bersama piala milik ku...kebanggaan ku... ni pic mase amek kasut...i pakai saiz 5.. barisan piala yang bakal menjadi milik kami...yang besar tu milik johan PIALA PUSINGAN link bertuah...lupe plak bagi tau..tournament ni diadakan di Crystal Bowl BDC ..not bad..agak besar.. kami yang sentiase kecoh walau di mane pon berada... jejaka yang berseluar biru ni la Tuan Pengarah kami... tapi ade jugak yang tak best nye..team kami diletakkan di link yang paling hujung..tak best langsung...tapi berkat kesungguhan dan semangat kerjasama akhirnye team SeKSYEN SYARIKAT dapat jugak bawa balik hadiah..APE YANG PENTING? kerjeeeesama! hehe ala2 wonderpet gitu.. majlis ni tamat dengan perasaan bangga oleh kami para pemenang (poyo je kan )hehe TAHNIAH SEMUA.... Awareness Ribbons Customized - ImageChef.com AL-KISAH....TOiyyib!!!

Monday, August 10, 2009

+++mOndAy Yg MeMeNatkan+++???~~!!


Glitterfy.com - Glitter Graphics
ku gagah kan jua... letih gilak hari ni..macam nak tersembul bijik mate ku membuat audit.. SO..tak larat lagi nak meng up date blog ni malam ni...ZZZZzzzzzZZZZZzzzzzz

Friday, August 7, 2009

arghh!!!! Sakitnyer.....

sakit sungguh tangan ku ini....aduhai....bangun tido tadi lenguh sangat ni sume gara-gara training bowling untuk besok...i join wakil seksyen syarikat 1..bersemangat tau.. my team plan nak pakai baju merah esok..hope sume pakai merah la (merahnyer mak ngah) anyway....tunggu i upload pic bile settle pertandingan tu nanti k.... LasTlY.. to all my team..i wish u good luck..jgn asyik masuk longkang je..malu seksyen kite nanti haha..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..caiyookk!!!! tunjukkan team kite yang terbaik...biar berbaloi sakit tangan haha bye bye

Monday, August 3, 2009

21st January 2009 >>wHen U teLL me thaT U LoVe Me>>

date yang di tggu2...21 january 2009..2 hari sebelum date ni my boo ade cakap nak bawa i ke satu tempat..special for celebrate my besday..but die tak nak bagitau i kat mane die nak bawa.. i pon penat pikir kat mane la die nak bawa i ni coz my boo jarang wat surprise kat i..coz die kurang reti cikit nak surprise2 ni..n dalam mase tu jugak i penat pikir nak pakai baju ape..i pon decide nak pakai je baju yg i beli seminggu sblm my besday tu.. ON THE DATE DAY........ pagi tu tepat kul 12a.m my boo kol n just wish je...die kate " dah besar dah baby abg" (my boo called me baby n singkatan jadi B je) hehe terasa macam budak kecik je.. Tepat 7.30p.m my boo pon calling2 kate dah ade kat bawah blok i..dgn perasaan yang teruja i pon turun berlari2..hehe sampai je kat bawah i dari jauh i pandang "ape menda kat sebelah abg tu? terpikir dalam hati...coz i ternampak makhluk berwarna white cream di sebelah tempat duduk my boo...sgt2 besar n penuh di seat yang bakal i duduk jap lagi...sampai je dekat...HHHHHHAAAAHHHH!!!!! BESAR NYER TEDDY BEAR..sgt2 terkejut..comel..i sgt2 hepy la..dah lame i idamkan teddy bear yang sebesar itu..thx cayang...my boo senyum puas ni la makhluk white cream yg cakap tu...lebih besar dari i tau..puas peluk..special for me.. kami pon bertolak ke tempat yg my boo nak bawa tu...masuk area KL...Lalu d jalan Ampang...N my boo berhenti kan kereta di hadapan SALOMA BISTRO & THEATRE RESTAURANT..WAH! i sgt2 teruja coz lebih kurang sebulan sebelum tu i ade cakap ngan die yg i teringin nak makan kat sane..coz my sis cakap restaurant ni best,deco cantik n food pon sedap....sekali lagi i cakap "thax abg b hepy sangat abg tak pernah tak tunaikan ape yang b nak" pandangan dari depan restaurant ni pon cantik..ade beca..nampak classic..romantik..my boo pon snap la pic ni wat kenangan kami pon masuk la melalui jalan utama pintu masuk restaurant ni...TIBA-TIBA... pak! pung! pak! pung! tahu tak bunyi ape???? Paluan kompang!!!!haha mase ni muke i nampak sangat terkejut coz tak sangka pulak akan di layan bak RAJA SEHARI...(i jalan smbil pegang je tangan my boo haha lagi la mcm pengantin lawak betul la)...paluan kompang tu di mainkan oleh bro2 yang sgt cantik berpakaian ala2 orang lame gitu...ladies plak ala2 dayang2 dalam istana..semua tersenyum manis menyambut kedatangan kami..i pon tersenyum puas la..rugi nyer i tak sempat nak snap pic saat ni... kami pon masuk dan duduk di meja yg telah di reserve kan...waiter datang bagi menu..i pilih saloma chicken chop je..my boo pilih fried rice special with satay... my boo yang dah tak sabar nak makan..haa mase ni die pakai baju yang i hadiah kan waktu besday die tu...suke tengok die pakai baju ni. i pon dah tak sabar nak makan nih..lapar sangat... akhirnye makanan kami pon sampai....huh sangat menyelerakan...tapi i tengok my boo nyer lagi best..fried rice serve with satay, salad,potato and black pepper sauce..hmmmmm but sikit pon die tak pelawa i rase..huhu SEDIH BETUL..tengok la tu die dah tak sabar2 nak menjamah makanan tu..makan la sayang i tau u lapar haaa ni yang i punyer...best jugak..chicken chop serve with black pepper sauce n mushroom sauce yang di hidang kan berasingan...air pulak i order fresh orange n my boo watermelon juice lepas tu kami di saji kan ngan dessert ni...haaa nampak menarik kan???? fried banana sweet serve with vanila ice cream...huhu lazat dan enak tidak terkate...i habis kan semua..my boo i bagi rase sikit je sian die.. zoom in sikit...haaaa baru jelas hepy sangat sepanjang malam tu...tapi kali ni baru i perasan tak de kek pon on my besday...tapi tak pe la...ni pon dah cukup best tau..BUT besday i kali ni i dapat 3 hadiah dari my boo...1st hadiah da big bear..2nd hadiah..haa ni mini cupboard yang dibuat khas untuk i tau...my boo suh banduan yang die jaga tu wat..comel kan..n my boo kate die just tolong gosok kayu jati ni bagi licin je..huhu jadi lah 3rd hadiah yang my boo bagi...one drop perfume celebrity type warna pink die beli dari kawannyer...i dah letak dalam mini cupboard ni yang ni plak hadiah my boo bagi mase besday i yang ke 22 tahun..tahun lepas..sweet sgt music box ni...music love story..i mmg suke music nih..sekarang i dah penuhkan box ni ngan my accessory...semua ade dalam ni dah jadi macam peti harta karun plak haha tengok la tuh LASTLY I NAK UCAPKAN TERIMA KASIH SANGAT KAT My boo COZ DAH WAT I RASE DIHARGAI DAN DISAYANGI SEPANJANG TEMPOH DEKAT 8 Years OUR RELATIONSHIP....semua ni bermula WHEN U TELL ME THAT U LOVE ME on 05 julai 2002(hati i dah berbunga2 semenjak itu)...LOVE U SO MUCH

1st SaLaRy....hadiahkan untuk diri sendiri

haa ni nak story ckit bout my 1st salary....mane g? coz i dapat 1st gaji on 23rd july n dapat plak dua bulan berturut2 (tertunggak) haa byk la ade la dalam RM5+++.++..nak jadi kan cite...I TEKAD NAK BELI SESUATU UNTUK DIRI SENDIRI...(sebagai pembakar semangat untuk rajin bekerja sebanarnye..) 1st i beli beg yg warna warni ni...sweet...n i rase selesa bw beg ni coz selimpang je tak payah nak pegang...cantik kan???? hihi pic ni i snap waktu nak antar my hosuemate ke airport n g shoping kat The Spring ( belakang my opis)..kalau u all nak tau di sarawak ni antara shoping kompleks yang terbaru n agak famous The Spring n Boulervard mall(tak tau la nak eja hentam je la) haa...pas hantar my housemate g airport i pon mule kan acara shoping di the spring..dan ini lah hasilnye...i tangkap sepasang heel Carlo Rino yang comel sweet n sgt2 i cayang..box die plak cantik..boleh jadi beg..jangan wat beg tangan sudah lah hehe then i pergi plak kat side jual perfume....ni yang i dapat...rantai comel...tapi i tak beli yang ini...ni sales girl tu bagi free coz i beli perfume TOMMY GIRL..puas i pusing semua booth yg jual perfume tau..1stly i prefer ESTEE Lauder pas cium cikit i pergi plak booth Chanel cium lagi..n akhirnye i pening..sib baik sales girl tu bg i hidu coffee beAN.,kalau tak pengsan la i.. last2 yang ni jugak yang telah memikat hati i...haruman nye memukau..best..n dapat plak tester Dreaming Perfume yang kotak kecik merah tu...best gak bau nyer...next time la i beli yg tu.. TAPI..hadiah yang paling berharga n paling mahal jugak la yang i beli tuk diri sendiri menggunakan my 1st salary ni adalah handphone SONY ERICSSON G705..i suke design die yang comel..slide plak tu..solid..best... Tengok tu...cute kan siap ade mickey lagi...ni i beli di Wisma Seberkas (kalau kat semenanjung wisma ni macam Low Yat la..macam2 ade dari hp, pc n mcm2 la)..sebelum beli i dah usha terlebih dahulu kat internet..so bl dah sgt2 berkenan i pon decide tangkap je la..SO DUIT YANG I LABORKAN UNTUK MY 1ST SALARY NAMPAK JUGAK LA HASILNYE KAN???? HIHI kESimPulaN nYE i dah lebih BersEmangat nak kerja...(hehe yeke??) pasni boleh beli sesuatu yang lebih BEST lagi....CaiYok!

07 & 21 JaNuaRy 2009

Biar la date ni dah lapuk...tapi masih segar dalam ingatan ku (hehe poyo giler ayat. ape pon i nak jugak share ngan u all..coz i rase pada 7jan and 21jan tahun 2009(tahun ni je, tahun lain biase2 je)special celebrate on my boo besday n my own besday...bcoz dua2 buat surprise yang di rasekan sgt membahagiakan...comel!!!! ahak.... :-) ok cerita nye bermule..... On 7 jan 2009 Plan ngan yati nak wat surprise for my boo besday lebih kurang 2 week b4 (coz sebelum ni i just wish n bg present je)..1 week b4 that i g shoping kat OU cari surprise present special for him..cari punye cari akhirnye jumpe la...cantik..t.shirt PADINI dark brown (my boo pakai waktu g celebrate my besday) Setelah perancangan tersusun rapi n jemputan semua telah dijemput (ni sume jasa yati yang i lantik sebagai manager tuk hari tu huhu)...on 6th jan 2009 petang tu i ajak my boo kuar kononnyer nak g cari barang kat KL..die tak nak coz penat baru balik keje...then i suruh housemate die pujuk ajak kuar gak coz kalau i yang beriya ajak sure la die dapat agak yang i nak celebrate besday die..akhirnye berjaya... kami kuar g KL sampai kul 11p.m...huh masih lambat lagi nak kul 12a.m..msg ngan party manager (yati) die kate baru nak siap2...i pon ajak la my boo g uptown cheras..saje nak lengahkan mase... jam dah kul 11.40 tanye yati and everything dah ready.....i ajak my boo balik kononnye takut gate kolej tutup....my boo cakap " ha nak balik dah?" hehe i tau die nak i wish besday die face to face.. ngan muke masam mencuka (tapi comel kemerah2han)die laju kan kereta (merajuk la konon)..sampai di seksyen 14 jam tunjukkan jam 11.55p.m i minta die bawa i g KFC kat jalan pantai(dekat ngan kolej i)coz nak g ATM machine la kononnyer.....die pon ikut je.. sampai di KFC, i turun n my boo pon turun nak teman i (die takkan biarkan i ke mane2 kalau sorang)hehe...naik je tangga KFC i jerit SURPRISE!!!!!!! kelihatan muke my boo merah...sweet....terkejut la tu....segan gak nye ngan kawan2 i yang ramai ngah menunggu ketibaan da besday boy... 1st i wish HEPY BESDAY SYG,i bagi die hadiah...then nyanyi ramai2, tiup kek..die capai tangan i n cakap "thanx syg" sambil tenung tepat kat mate i...die kate die sangat2 hepy n terharu...i pon hepy la coz dapat wat org yang i syg rasa bahagia lastly, tQ to all my fren yang telah sama2 menjayakan party ni...korang sume betul2 sporting....camtu la cerita nye..... kat bawah ni gambo sepanjang party tu berlangsung...layannnnn menunggu ketibaan kami with yati da party manager "hadiah hari jadi mu" party ni meriah coz ade u all sume...rindu korang sume.. bergambo bersama my boo n his housemate yang same2 menjayakan party ni..thanx inspektor faizol..jasa mu dikenang banana kek layer...toping with choc..mmmm suke gambo ni...kami same2 macam budak2 hehe ni la my fren yang best in da world..sporting,giler, sume ade...dari kanan bawah CT,dayah, yati, rizq and atas dari kanan yoyo, maz n fera...atie tak tau mane hilang waktu snap pic ni for my besday plak nanti i continue ek...penat dah ni

B+O+S+a+N

huh...giler nyer bosan hari ni..actually kene g audit but today morning ade talk pasal kanser pangkal rahim..huhu tapi menrik gak talk ni..boleh tambah pengetahuan... cam biase....bile duk opis ngantuk + boring + asyik lapar + nak berchating (tapi tak bolah)...haha ni semua gara2 opis mate sume g audit prestasi n kajian..i je yg memberani kan diri untuk memonteng dari g audit.. kalau my boo ade best gak la boleh calling2 or msg2...tp hari ni die keje petang plak..pagi tadi die tido sampai kul 12.30 pm baru bangun...heee geram pon ade coz die tak teman...bangun2 je terus siap2 nak g keje..(i tak nak kacau bile die tido coz semalam die kate tension betul ngan banduan wat hal) takpe la...i tggu u balik la... ni after lunch i dah tak tau ape nak wat...huhu terasa mase ni lambat betul berlalu... balik ni nak kuar ngan my housemate p cari barang dapur..agak best jugak la kot (hopefully...........n NOTHING.............just sleep............n wake up in da morning.............go to work............ hope hari2 yang akan datang lebih baik dari hari ni.......AMIN.....